Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Popia Crabstick Cheese Menu Minum Petang Moden Yang Lazat

author name

📄

Resepi yang akan kita share pada kali ini sangat istimewa dan mesti ramai yang ternanti-nanti dengan resepi ini. Resepi popia crabstick cheese yang telah viral ini pastinya akan membuatkan anda semua terliur. Ianya merupakan resepi yang telah diinovasi oleh masyarakat Malaysia yang sangat unik dan ianya sesuai dengan tekak orang Malaysia.

Jika anda peminat popia crabstick cheese ini, sekarang anda boleh sediakan sendiri mengikut selera yang anda mahukan! Biasanya di kedai jual terlalu berminyak atau terlalu sedikit inti yang disediakan. Jadi kalau kita buat bolehlah kita buat mengikut stail kita sendiri! Cara pembuatannya juga tidak sukar dan boleh disediakan sendiri. Bahan – bahannya pula boleh sahaja didapati di pasar raya berdekatan.

Resepi popia crabstick cheese viral ini telah dikongsikan oleh Siti Nurulhana di laman sosial Facebook miliknya. Jom kita lihat cara-cara dan bahan-bahan untuk menyediakan resepi ini!

Resepi Popia Crabstick Cheese

popia crabstick cheese
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Popia Crabstick Cheese (18 – 22 biji):

  • Kulit popia
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 cawan atau lebih sengkuang
  • 1 batang lobak
  • 7 batang crabstick dihiris nipis
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Cheese slice

Sos pencicah:

  • 5 cili besar merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 3 sudu besar cuka
  • Garam
  • 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 3/4 cawan air
  • Bijan disangai

Cara – cara memasak:

Popia crabstick cheese:

  1. Tumiskan bawang.
  2. Masukkan crabstick, sengkuang dan lobak.
  3. Letakkan garam.
  4. Tunggu sehingga air sengkuang kering kemudian, tutup api dan sejukkan.
  5. Letakkan inti dan hirisan cheese di atas kulit popia.
  6. Gulung mengikut citarasa anda.
  7. Gorengkan dan sejukbekukan.
popia crabstick cheese 2
Imej via Facebook

Sos pencicah:

  1. Kisarkan cili dan bawang putih bersama 1 cawan air.
  2. Tuangkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan gula, cuka, garam dan bancuhan tepung jagung.
  4. Masak sehingga pekat, tutup api dan boleh taburkan bijan.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *