Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Paprik Sedap Sama Macam Kedai Thailand!

author name

📄

Resepi paprik adalah berasal dari Thailand. Paprik sendiri bermaksud pad prik. Pelbagai resepi paprik yang kita boleh lihat sekarang antaranya ialah paprik ayam, daging dan nasi goreng paprik. Resepi paprik juga merupakan satu hidangan sempurna dari segi protein , karbohidrat dan sayur. Jadi selepas ini tak perlu dah nak masak banyak lauk cukup lauk paprik sahaja untuk hidangan utama.

Lauk paprik ini juga lauk yang kerap kali di pesan di kedai Thailand, rasa manis dan pedas menjadi pilihan masyarakat kita, Kalau anda mencari resepi mudah , jom kali ini kami kongsikan resepi paprik ini untuk anda.

Resepi Paprik Ayam

Resepi paprik ayam yang mendapat banyak perkongsian di Facebook ini ditulis oleh Nora Abdullah. Resepi ini mudah nak buat, tak perlu lauk sayur lain sebagai tambahan cukup paprik ayam sebagai lauk utama.

Bahan-bahan

Bahan tumis*

  • Bawang besar 2 labu
  • Bawang putih 3 ulas tumbuk
  • Halia hiris
  • Serai 2 batang titik
  • Cili padi 4 biji
  • Daun limau purut 5 helai

Bahan sos

  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili

Bahan sayur

  • Carrot
  • Bunga kubis
  • Kacang panjang @ kacang buncis
  • Tomato

Cara Penyediaan

  1. Sebelum itu, goreng ayam yang dah di potong dadu. Gaul dengan garam, kunyit, tepung jagung 1 sudu besar dan sedikit perasa maggi cukup rasa, Goreng garing dan angkat.
  2. Garam /gula tak pakai. Sebab sos tomato cili tiram dah cukup perasa.
  3. Tumis dulu bahan yang bertanda *, kemudian masukkan sos. Masukkan sikit air bagi balance dan ada kuah.
  4. Dah menggelegak, masukkan sayur dan ayam.

Resepi Paprik Daging

Jika anda peminat daging, resepi paprik daging juga tidak kurang hebatnya. Nak lagi pedas anda boleh letak cili api sebagai tambahan rasa, Jom baca resepi dari Nurul Hawa Nadila Sari.

Bahan-bahan

  • Daging 1/2 kg
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Bawang merah besar – 1 biji
  • Lobak merah + baby corn + kobis bunga
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 atau 2 sudu kicap
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • daun limau purut
  • Serai dan halia
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato sos tiram sos ikan dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit).
  4. Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut.
  5. Masukkan daging.
  6. Masukkan baby corn dan kobis bunga.
  7. Gula dan garam secukupnya biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang merah.
  8. Kacau sedikit dan angkat.

Resepi Sotong Paprik

Peminat seafood boleh mencuba resepi sotong paprik ini. Bahan yang sama digunakan untuk memasak cuma digantikan dengan sotong. Resepi paprik sotong ini oleh Atikah Afifah.

Bahan-bahan

  • Sotong dan hiris bulat2
  • Bawang besar 1biji (hiris)
  • Bawang putih 2/3biji (hiris)
  • Lada merah 1biji (1hiris)
  • Serai sebatang dititik
  • 2 sudu lada kering blend (ikut nak pedas mana)
  • 2 sudu sos cili (boleh tambah ikut rasa masing2)
  • 1sudu sos tiram
  • 1sudu kicap manis (ikut nak gelap mane😂
  • Garam

Bahan sayur

  • Carrot separuh
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Daun limau purut koyakkan
  • Tomato

Cara Penyediaan

  1. Tumis bahan yang dah dihiris dan serai. Masukkan cili blend, sos cili, sos tiram dan kicap. Tumiskan sekejap.
  2. Masukkan sayur yang dah dipotong. Tambah sikit air. Biarkan sayur lembut siki, baru masukkan sotong.
  3. Kacau dan letak garam dan gula. Letak tomato last sekali jangan masak lama-lama.

Resepi Nasi Goreng Paprik

Resepi nasi goreng paprik ini juga merupakan menu yang popular di pesan di kedai, Mungkin kerana lauk paprik sebagai hidangan sampingan menjadikan ia sebagai menu pilihan. Jom baca resepi ini dari Nur Aisya.

Bahan-bahan

Bahan nasi

  • Sepinggan nasi putih
  • 5 ekor ikan bilis ditumbuk lumat bersama 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu cili blend
  • Daun sup

Cara Penyediaan Nasi

  1. Tumis bahan tumbuk tadi sampai garing.
  2. Masukkan cili blend tumis lagi sampai garing.
  3. Kemudian masukkan garam, perasa dan kicap. Tumis smpi kicap agak likat.
  4. Masukkan nasi gaul rata.
  5. Last masukkan daun sup.

Bahan lauk paprik

  • Seketul dada ayam dipotong
  • 2 helai kacang panjang dipotong
  • Carrot dipotong
  • Sebiji bwng besar dihiris
  • 3 biji cili api
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu cili blend

Cara Penyediaan Lauk Paprik

  1. Tumis cili blend bersama cili api. Dzh garing masukkan ayam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap manis.
  3. Tumis lagi sehingga garing masukkan ayam.
  4. Gaul sebati. Tunggu ayam masak.
  5. Last sekali masukkan semua sayur dan bawang juga daun limau purut. Siap.
  6. Boleh letak garam dan perasa jika perlu.

Resepi Menarik Yang Lain

Resepi yang mudah ini jangan lupa cuba ya makan pula dengan lauk panas pasti bertambah. Banyak lagi resepi menarik dan mudah untuk anda cuba telah kami sediakan. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *