Resepi Nasi Beriani Kambing (Gerenti Teringat!)

nasi-beriani-kambing

Nasi Beriani Kambing merupakan hidangan yang amat sedap dan menyelerakan. Walaubagaimanapun, satu hidangan nasi beriani kambing ini boleh mencecah belasan ringgit!

Jangan risau, jangan khuatir. Kini, anda boleh menyediakan sendiri nasi beriani kambing. Pasti dapat menjimatkan banyak kos dan kebersihannya juga lebih terjamin!

Resepi ini dikongsikan oleh Mas Salleh dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook milik beliau. Jom kita tengok!

Resepi Nasi Beriani Kambing

nasi-beriani-kambing
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 pot kecik beras basmati – direndam selama setengah jam.
  • 500 gram daging kambing
  • Rempah 4 sekawan
  • Satu labu bawang holand-cincang kasar
  • 5 ulas bawang putih-cincang kasar
  • Satu sudu besar minyak sapi
  • Satu sudu besar minyak
  • 3 pokok daun ketumbar
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • Garam,gula melaka dan secukup rasa
  • Air 4 dan 1/2 bahagian pot yang sama untuk sukat beras

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
  2. Tumiskan empat sekawan.
  3. Masukkan bawang putih dan bawang holland.
  4. Masakkan hingga wangi dan masukkan daun ketumbar.
  5. Seterusnya, masukkan rempah beriani dan kacau sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging kambing dan perasakan bersama garam, gula melaka dan perasa.
  7. Tunggu sehingga daging masak.

Nasi beriani:

  1. Toskan air beras yang telah direndam tadi dan masukkan kedalam periuk nasi.
  2. Masukkan daging kambing yang telah dimasak.
  3. Masukkan air dan masak seperti biasa.
  4. Apabila nasi sudah masak, titiskan sedikit pewarna kuning.
  5. Dalam 10 minit, kacau perlahan menggunakan garfu.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Give a Comment