Resepi Nasi Ayam Thai (Unik, Sedap Hingga Menjilat Jari!)

Inginkan resepi lain daripada yang lain? Inginkan terujakan para tetamu? Jangan risau, jangan khuatir, kali ini kami bawakan kepada anda resepi Nasi Ayam Thai yang unik dan lazat!

Resepi Nasi Ayam Thai ini lain daripada nasi ayam yang biasa. Cara pembuatannya berbeza dan rasa ayam, nasi serta sosnya juga lain. Akan tetapi, ianya amat lazat dan pasti digemari tau!

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Nasi Ayam Thai

image via Facebook

Bahan – bahan:

Ayam:

  • Ayam
  • 1 kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit bawang holland
  • 2 inch halia
  • Garam dan gula
  • Air untuk merebus

Nasi:

  • Beras yang sudah dibasuh bersih
  • Air rebusan ayam sekali halia, bawang dan daun ketumbar.
  • Ayam yang direbus

Sos:

  • Sos thai
  • 10 tangkai cili padi dipotong halus
  • Bawang putih – tumbuk hancur
  • Daun ketumbar
  • 2 sb kicap manis
  • Perahan limau kasturi
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Garam ( jika perlu )

Langkah – langkah memasak:

Ayam:

  1. Campur ke semua bahan di atas dan rebus sehingga ayam masak.
  2. Air kena banyak sebab air tersebut hendak digunakan untuk memasak nasi dan sup.

Nasi:

  1. Masak nasi ikut sukatan harian. Cuma gantikan air biasa dengan air rebusan ayam tadi.
  2. Ayam yang direbus tadi letak atas beras dan masak sekali.

Sos:

  1. Gaul semua bahan dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *