Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Goreng Mamak Buat Sendiri Lagi Puashati dan Kenyang

author name

📄

Mee goreng mamak memang mempunyai peminat tersendiri. Tak sah kalau pergi kedai mamak tapi tak pesan mee goreng mamak, minum pula bersama teh tarik memang padu. Apa yang membezakan mee goreng mamak dengan mee goreng lain adalah mee goreng maka digoreng bersama telur dan mempunyai pelbagai jenis kuih yang ada.

Kalau buat sendiri mee goreng mamak lagi puas hati kan? Kita boleh masak mengikut keseuaian citarasa kita sendiri. Anda boleh letak pelbagai bahan lagi untuk menyedapkan lagi mee goreng mamak. Jom baca resepi mee goreng mamak dari Shahmlah JD.

Bahan-bahan

  • 600g Mi kuning
  • 1 Bawang besar
  • 5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan
  • 1 Tomato dihiris
  • 3 biji telur saiz besar
  • 2 cili hijau dihiris
  • 2 tauhu dipotong kecil
  • 10 fish ball dipotong separuh
  • Sawi
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar kacang tanah gorend dan dikisar kasar
  • 2 cawan air (cawan pengukuran)
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Untuk dikisar:

  • 8 Ulas bawang putih
  • 1 bawang saiz kecil
  • 15g ikan bilis
  • 5g udang kering
  • 5 cili kering (sesuaikan mengikut keinginan anda)

Cara Penyediaan

  1. Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik.
  2. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.
  3. Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, etc mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.
  5. Masak sampai pecah minyak.
  6. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih
  7. Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.
  8. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.
  9. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak
  10. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. KKacau hingga sebati.

Mee goreng mamak ini lagi banyak telur lagi sedap. Tak kira waktu boleh makan mee goreng mamak ini. Paling penting kenyang sampai malam,

Resepi Menarik Yang Lain

Pelbagai resepi menarik yang telah kami kongsikan untuk anda cuba dan confirm jadi. Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami dan jadikan sebagai rujukan anda.



About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *