Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lontong dan Kuah Lodeh Menu Wajib Hari Raya

author name

Lontong dah kuah lodeh sangat sinonim dengan Hari Raya. Dua hidangan ini merupakan menu wajib yang dihidangkan pada Hari Raya. Tak lengkap menu Hari Raya kalau tiada dua menu ini. Tapi tahukah anda banyak sebenarnya jenis lontong yang ada antaranya ialah lontong goreng dan lontong darat.

Kalau anda tahu sebenar ringkas sahaja menu lontong dan kuah lodeh. Jika anda dah tahu bahan-bahan yang ada pasti anda tak risau nak buat nanti. Hidangan ini juga wajib cuba mana lah tahu tiba-tiba terasa nak makan hidangan ini sebelum raya kan? Jom baca resepi oleh Ly Safra Keplie.

Bahan-bahan

  • Nasi impit segera – kuantiti ikut laa banyak mana nak makan.*** dicuci dulu kemudian rebus bersama sedikit garam dan daun pandan sehingga masak lalu toskan tunggu sejuk baru potong-potong***

Kuah Lodeh

Bahan Rencah

  • Carrot– dipotong kecik-kecik ala anak mancis
  • Sengkuang – sama gak dipotong kecik panjang-panjang
  • Kobis – dihiris kecik
  • Soon – tak payah rendam, cuci pastu gunting pendek
  • Kacang panjang / kacang boncis – hiris serong
  • Tauhu – potong empat segi
  • Tempe – dipotong kiub
  • Tauhu kering/pucuk – diremdam dulu lalu dipotong kecik
  • Santan pek besar – bergantung pada kuantiti kuah
  • 2 batang serai – dititik
  • 1/2 inch lengkuas – ketuk jer
  • Serbuk kunyit – agak-agak (3/4 sudu makan)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • Segenggam Udang kering – cuci dulu dan rendam dan toskan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Bahan sampingan

  • Telur Rebus
  • Sambal ikan bilis
  • Serunding
  • Begedil
  • Kuah Kacang

Cara Penyediaan

  1. Masukkan sedikit air dalam periuk bersama kisar serai, lengkuas. Masak sehingga wangi. Kalau pakai santan perah, air ni digantikan dengan santan cair.
  2. Apabila dah mendidih, masukkan sengkuang dan carrot seketika. Kemudian masukkan tempe, tauhu kering. Masak sehingga empuk. Lalu masukkan kacang boncis, tauhu, kobis. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan santan (pati santan) kacau selalu sampai mendidih. Selepas itu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah mendidih, perlahankan api baru masukkan soon biar sehingga soon lembut. Tutup api.
  4. Hidangkan kuah ldeh bersama nasi impit dan bahan sampingan.

Nampak seperti merumitkan, tapi sebenarnya mudah nak buat kuah lodeh ini. Nasi impit pula anda boleh buat sendiri atau nak lagi mudah beli nasi impit segera. Tak semestinya waktu Raya sahaja kita boleh makan kan, bila-bila masa anda boleh menikmati juadah ini

Resepi Menarik Yang Lain

Jika anda mencari hidangan atau menu yang lain, kami turut kongsikan dengan anda. Pelbagai resepi Menarik yang boleh buat anda rambang mata. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *