Kuih Loyang / Ros
Ada yg suka ke ni….
Percubaan kuih loyang/ ros….kali terakhir buat ni pregnant anak sulong….hampir 16 tahun dah tak mmbuatnya…..
#syukurAlhmdlah
Bahan-Bahan kuih Loyang/ Goyang/ Ros
(Sha Roziah Al Yahya)
•1 kampit tepung beras ( 500gm )
•3/4 -1 cawan gula pasir( agak2 la kemanisannya )
•3cawan santan( sy guna 1 kotak santan kara campur air utk ckupkan 3 cawan)..kalo pekat lebihkan saya pun lebihkan sikit air
•1 biji telur ( ada yg ltak lebih terpulangla )
Cara-cara Menyediakan
1)Satukan semua bahan2 dalam bekas dan kacau guna whisk tangan supaya tak bergentil
2)Panas kan minyak dan acuan
3)Apabila acuan dah panas celupkan dalam adunan
4)Goreng dalam minyak panas tadi
5)Biar kan sebentar baru keluarkan dari acuan
6)Panaskan lagi acuan dan buat sampai habis
7)Masa goreng api sedang2 jer ya kalau besar nanti cepat hangus
Atau boleh try yg ni juga
* 1pek tepung beras
* 1 cawan : tepung gandum, ubi, jagung
* 2 biji telur
* 1¼ cawan gula
* 3 ½ cawan air
* ½ st kapur
* sedikit garam
Mix sikit pas tu blander. ( bg halus)
#ResepiLamaJumpaKembali
YG ADA RESEPI MAI LAH SHARE SBB BNYK VERSI KUIH NI
kredit resepi kepada Sha Roziah Al Yahya via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)