Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Kasturi Sangat Mudah dan Sedap Dimakan!

author name

📄

Kuih Kasturi dikenali dengan nama Kuih Rengas merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Ianya berasaskan kacang hijau dan balutan tepung di bahagian luar. Kuih kasturi juga mempunyai tekstur yang rangup di bahagian luar dan berkrim di bahagian dalam. Kuih kasturi ini sesuai untuk dihidangkan pada waktu minum petang bersama dengan air teh o.

Kuih kasturi ini menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Selain kacang hijau dan tepung, anda juga perlu kelapa parut, air kapur serta kunyit sedikit. Cara pembuatannya juga boleh disediakan sekiranya anda mengikut cara – cara penyediaan dengan teliti. Pasti sahaja, produknya akan menjadi menarik dan digemari oleh kesemua ahli keluarga anda!

Resepi ini dikongsikan oleh Roslina Asmi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok resepi ini!

Resepi Kuih Kasturi

kuih kasturi
Image via Facebook

Bahan – bahan:

Kacang:

  • Kacang hijau
  • 1 cawan gula (mengikut citarasa anda)
  • Kelapa parut (pilihan)
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • Garam secubit
  • Air untuk merebus

Kulit:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh air kapur
  • Serbuk kunyit sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak

Cara – cara memasak:

Kacang:

  1. Rendam kacang hijau selama 1 ke 2 jam.
  2. Rebus kacang hijau sehingga lembut dan hancur.
  3. Apabila sudah hancur, buang sedikit air dan keringkan.
  4. Masukkan kesemua bahan – bahan untuk kacang.
  5. Kacau sehingga inti betul – betul kering.
  6. Sejukkan dan bentukkan bulat.
    Nota: Sapu tangan dengan minyak terlebih dahulu.
kuih kasturi 2
Image via Facebook

Kulit:

  1. Bancuhkan kesemua bahan sehingga pekat.
  2. Inti dicelupkan ke dalam bancuhan.
  3. Panaskan minyak dan goreng.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *