ketam telur masin

Resepi Ketam Telur Masin (Renyah, Garing)

Resepi yang naik daun masa kini. Segala jenis masakan yang berbahan telur masin tengah digilai sekarang. Antara resepi dengan telur masin popular ialah ketam telur masin. Dan resepi kegemaran ramai ini akan kami kongsikan sekarang.

Segala resepi dalam perkongsian ini kami kreditkan kepada Dibb Dibz yang telah dengan baiknya berkongsikan resepi ketam masak telur masin di laman Facebook. Resepi pula telah kami tuliskan dengan kemas supaya mudah untuk anda ikuti bahkan jika anda ialah pemula dalam memasak.

Ketam telur masin dimasak dengan menggaulkan ketam goreng dengan telur masin yang dimasak dengan mentega, bawang putih, cili padi dan susu cair. Rasa hidangan ini renyah, garing dan lemak masin. Makan dengan nasi putih sedap menjilat jari. Penggemar ketam jom masak ketam telur masin.

Resepi Ketam Telur Masin

ketam telur masin
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ketam,
  • 4 sudu besar mentega,
  • 3 biji bawang putih dicincang,
  • 6 batang cili padi dipotong (terpulang kalau ingin pedas boleh tambah, tidak suka pedas boleh kurangkan),
  • Daun kari lebih kurang setangkai,
  • 3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja. 1 biji diambil putihnya, hancurkan).
  • ½ tin susu cair,
  • Sedikit garam jika perlu,
  • Sedikit gula jika perlu.

    ketam telur masin
    Imej via Facebook

Bahan Untuk Goreng Ketam :

  • Dua sudu besar tepung jagung,
  • ½ sudu kecil lada sulah,
  • Sedikit garam.

Cara-cara :

  1. Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk sedikit bahagian sepit yang keras untuk bagi retak. Supaya bila makan nanti senang.
  2. Kemudian kukus ketam hingga ¾ masak. Bila sudah masak, celup isi ketam ke dalam air ais selama 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam overcooked dan isinya kekal pejal.
  3. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
  4. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih.

    ketam telur masin
    Imej via Facebook
  5. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.
  6. Bila kuah sudah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
  7. Bila kuah sudah secukup rasa, masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ketam telur masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *