Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api (Dengan Daun Kunyit)

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan pedas dari Negeri Sembilan. Kali ini ia menggunakan ketam sebagai bahan utamanya. Masak lemak cili api biasanya menggunakan ayam,daging dan ikan sahaja, namun berbeza kali ini kerana bahan utamanya ialah ketam. 

Oleh kerana ketam adalah sejenis makanan laut jadi ia tidak boleh dimasak terlalu lama. Masakan perlulah ringkas dan cepat, jadi jika anda ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Bahan-Bahan

  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping

Bahan untuk kisar

  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Kaedah 

  • Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  • Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
  • Siap.

Masakan ini amat sedap dan sesuai bagi anda yang baru dalam dunia masakan. Satu petua agar santan tidak pecah, ialah dengan menggunakan santan cair pada mula, apabila telah mengelegak barulah tambah santan pekat, jadi dengan itu masakan lemak cili api kita akan lebih cantik dan nampak menyelerakan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Lemak Cili Api Daging Salai

Resepi Lemak Cili Api Sotong

Resepi Lemak Cili Telur Itik Mangga Muda

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *