,

Kerepek Bawang

Oleh:

RESEPI KEREPEK BAWANG RANGUP DAN SEDAP!

Fav ramai, paling laku masa raya! Tp kena la nipis dan rangup! Sedap… mmg laku keras! Cuba la tesepi ni, share cpt!

Bahan-Bahan :

Untuk doh bawang:
1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya

Untuk doh margarine:
1 1/2 cawan tepung gandum
70gm margarine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:-

Untuk doh bawang:-
Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering .
Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat.
Bahagikan pada 3 bahagian.

Untuk doh margarine :-
Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi.
Bahagikan pada 3 bahagian.

Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk (2-3 jam)
Keluarkan dan hiris nipis2.

Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.
Nota : Gunakan api yg perlahan ketika menggoreng bagi mengelakkan gelembung.

Siap!

Boleh hidang dihari raya!

*Share dan tag kawan2

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika anda pemilik asal resepi ini mohon pm admin untuk dimasukkan nama anda sebagai owner asal resepi..terima kasih 🙂

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Resepi.My

Tinggalkan komen di sini

[crp]