Resepi Kriwil dan Sambal Kicap Sesuai Untuk Minum Petang Bersama Keluarga

Oleh:

Tauhu Kriwil mendapat nama daripada bentuknya seperti Kriwil. Gabungan tauhu kriwil dan sambal kicap pastinya merupakan gabungan terbaik dan sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Selain itu, resepi sambal kicap ini juga boleh digunakan untuk dihidangkan bersama dengan juadah lain termasuk cekodok bawang dan pisang goreng.

Kali ini kami bawakan dua resepi sekaligus buat anda semua. Resepi ini pastinya mudah untuk disediakan dan digemari oleh ramai di antara kita. Bagi mereka yang tidak gemarkan kepedasan, anda boleh mengubah suai resepi sambal kicap ini mengikut tahap kepedasan yang anda gemari. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Haya Yahya dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mesti sedap dan lazat!

Resepi Kriwil dan Sambal Kicap

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Tauhu Kriwil

  • 500gm tauhu dilenyek
  • 2 siung bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • Perasa terpulang pada citarasa masing – masing
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung

Sambal Kicap:

Bahan A:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah besar
  • 10 biji cili api

Bahan B:

  • 3 biji limau kesturi
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar kicap masin

Cara – cara memasak:

Tauhu Kriwil

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Pastikan minyak panas dan goreng.
  3. Sudukan sahaja adunan ke dalam kuali untuk menggoreng bagi mendapat bentuk kriwil.
  4. Goreng sehingga kekuningan.

Sambal Kicap:

  1. Tumbukkan bahan A (jangan terlalu lumat).
  2. Pindahkan ke mangkuk, perahkan limau kesturi.
  3. Masukkan kicap manis dan kicap masin mengikut selera masing masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Nur Dini Abd Aziz
Suka berkongsikan resepi terkini yang menarik untuk dicuba.

Tinggalkan komen di sini

[crp]