Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Ayam Panggang Lemak Serai.

Ayam Panggang berkuah Lemak Serai. Grilled Chicken with Fragrant Lemongrass Sauce. Resepi Baru. Bon Appetit

Bahan2nya
1 ekor ayam dara, dibersihkan dan digaulkan dengan serbuk ketumbar, jintan halus dan jintan kasar
2 Batang serai – dikisar
2 Labu bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
2 inch halia – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 mangkok daun pudina dikisar
2 sudu besar santan pekat
1/4 sudu teh serbuk kunyit
Garam & Gula secukup rasa (lebihkan gula sedikit)
4 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali, letakan bahan2 yang dikisar halus bersama cili kisar, goreng hingga ia kelihatan kering sedikit. Letakan garam dan gula, gula nya biar lebih sedikit, supaya manis. Letakkan ayam seekor atau dibelah dua. Goreng ayam dengan rempah nya. Biarkan ia masak setengah masak. Kemudian angkat ayam nya, dan panggang nya di dalam ketuhar atau dapur arang. Biarkan ia masak. Dikuah tadi, letakan santan pekat dua sudu, secubit serbuk kunyit dan masukan daun limau purut goreng hingga masak. Sajikan ayam bakar/panggang anda dengan kuah lemak serai bersama kentang rebus dan timun & tomato atau ikut citarasa. Kalau bakar di oven, 15mins pada sucu 160C, di api biasa dan 5 mins api atas pada suhu 180C. Selamat mencuba.

kredit resepi kepada chef Joha Hassan via ‎Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!