Amat menyeronokkan apabila kita berjaya menghidangkan makanan yang sedap kepada ibu bapa, anak, suami dan orang kesayangan lainnya. Apalagi jika bersamaan dengan sambutan hari istimewa semisalnya hari jadi yang ada hanya setahun sekali.
Akan lebih menyeronokkan apabila hari istimewa tersebut disambut dengan makan kek sedap. Seperti kek cawan misalnya, yang lembut versi bahulu, dengan bentuk yang comel dan rasa yang lazat. Mestilah hari tersebut akan berkesan sampai bila-bila.
Maka daripada itu, kami hadirkan resepi kek cawan mudah yang berasal daripada perkongsian di laman Facebook oleh Suriea Mohd Noor. Jika ikut resepi ini, anda boleh dapat 20 biji kek cawan, caranya gunakan dulang muffin 12 lubang. Sila cubakan.
Resepi Kek Cawan Mudah
Bahan-bahan :
- 200 gram (1 cawan) gula pasir,
- 4 biji telur gred A,
- 1 sudu besar baking powder,
- 180 gram (1+¾ cawan) tepung gandum,
- 35 gram (5 sudu besar) minyak masak/minyak jagung,
- Secubit garam,
- 1 sudu kecil esen vanilla (atau secubit serbuk vanila).
Cara-cara :
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
- Pukul gula, telur, esen vanilla dan garam dalam satu bekas besar hingga gebu, putih dan sebati (saya guna hand mixer anggaran 15 minit).
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak tadi sedikit-sedikit hingga habis ke dalam adunan yang dipukul tadi sambil dikaup balik menggunakan spatula.
- Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati menggunakan kaedah kaup balik.
- Masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
- Bakar selama 20 minit dalam oven bersuhu 180°C yang telah dipanaskan terlebih dulu. Ikut oven masing-masing ya. (Saya bakar dengan suhu 170°C selama 25 minit)
Resepi Menarik Lain
Selain resepi kek cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.
Leave a Reply