Resepi Karipap Bunga (Kreatif dan Menarik)
Perkongsian pada kali ini kita akan bawakan resepi karipap bunga. Jarang sekali kita akan menjumpai karipap bunga ini dijual di mana-mana. Terdapat doh berbentuk bunga di atas bahagian karipap ini.
Rupa karipap ini sangat menarik dan pastinya boleh dihidangkan pada bila-bila masa sahaja. Anda bolehlah menggunakan apa-apa sahaja inti yang anda sukai.
Resepi karipap bunga ini telah dikongsikan oleh Jalilah JJ di laman Facebook miliknya. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara menyediakannya.
Resepi Karipap Bunga
Bahan – bahan:
- 120 gram tepung gandum
- 30 gram majerin dipanaskan
- 1/4 sudu teh garam halus
- 40-45 gram air
- Inti pilihan (ayam kentang, daging kentang, sardin, telur udang)
Cara – cara penyediaannya:
- Panaskan majerin dan tuangkan atas tepung dan gaul dengan senduk kayu dahulu dan suam baru gaul jadi serbuk roti.
- Larutkan air dengan garam dan tuangkan sedikit demi sedikit hingga jadi doh .Doh jangan terlalu lembut nanti tidak rangup.
- Perap selama 15 minit sebelum dicanai.
- Ambil doh dan bahagi kepada beberapa bahagian dan canai bulat.
- Pilih permukaan yang sebelah bawah yang licin. Sepit sebelah berbentuk V dan ulang proses hingga habis. Mulakan di bahagian tengah.
- Isi inti pilihan dan kelim dengan kemas.
- Asingkan sedikit doh untuk buat bunga daisy. Untuk buat bunga guna acuan foundant bunga daisy saiz sederhana .
- Sapu putih telur dibahagian belakang bunga sebelum melekatkannya pada doh sebanyak 3 keping.
- Bakar pada suhu 170 selama 10 minit.
- Untuk dapatkan kulit karipap masukan karipap sebelom minyak panas ya. Goreng dengan api sederhana.
- Siap.
Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:
Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!