Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Himpunan Resepi Sweety Oat (Sedap dan Sihat)

author name

📄

Mencari kudap-kudap sehat yang sesuai untuk orang diet? Menu yang cepat kenyang, sihat dan lazat. Sweety Oat ialah pilihan yang sempurna! Dengan kombinasi bijirin oat yang kaya dengan serat dan pemanis semula jadi, resepi ini bukan sahaja memuaskan selera anda tetapi juga memberikan tenaga yang berpanjangan.

Bayangkan rasa manis dari buah, madu dan kekacang rangup yang berpadu dengan kelembutan oat, menjadikannya snek ideal untuk seisi keluarga. Ia mudah disediakan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa, sama ada sebagai sarapan, snek petang, atau pencuci mulut.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Sweety Oat dan rasai sendiri kelazatannya yang pasti akan memikat hati! Di bawah ini kami kongsikan kumpulan resepi sweety oat dari laman Facebook.

Toasted Rolled Oat

Imej via Facebook

Ini ialah makanan penyelamat kalau tetiba craving benda-benda merapu. Daripada beli jajan yang banyak bahan pengawet dan bahan kimia baik makan oat ini. Bahan utama dia rolled oat, bukan instant oat yang nipis biasa. Rolled oat lebih tebal daripada oat biasa. Resepi dari Arma Wahida di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Rolled oat,
  • Madu,
  • Kismis/buah-buahan campuran/kekacang,
  • Chocolate rice/chocolate chip (optional).
Cara – cara :
  1. Gaul oat dengan madu sehingga oat bersalut dengan madu sepenuhnya.
  2. Bila oat sudah bersalut madu, boleh bakar/panggang oat.
  3. Kalau oat banyak sangat boleh gaul sedikit-sedikit.
  4. Bakar dalam oven atau sangai dalam periuk non stick pun boleh.
  5. Kalau guna oven, lapik dulang dengan baking paper kemudian ratakan oat.
  6. Bakar pada suhu 160°C selama 25 minit atau sehingga oat jadi coklat keemasan.
  7. Semasa bakar, bukak oven kemudian kacau-kacau sedikit oat untuk pastikan semua bahagian garing sekata.
  8. Siap bakar, letak oat dalam mangkuk kemudian campurkan kismis/buah-buahan campuran/kekacang ikut banyak yang kita suka.
  9. Boleh tambah chocolate rice/chocolate chip kalau suka.
  10. Biarkan sejuk sekejap dan boleh simpan dalam plastik @ bekas kedap udara.

Chocolate Cookies Oat

Imej via Facebook

Kalau di rumah anda banyak oat dan tidak tahu untuk buat apa, ayuh buat coklat oat cookies. Sedap, mudah, tidak payah mixer dan oven. Cookies ini sesuai juga untuk yang diet. Sekali sekala mengidam benda manis boleh cuba resepi ini. Tidak manis pon sebab kita guna dark coklat, confirm terus habis oat kat rumah. Resepi daripada Ros Aida di laman Facebook, pakai 2 bahan sahaja.

Bahan-bahan :
  • Rolled oat (guna dry overnight oat sebab ada nut, seeds and raisin),
  • Dark coklat jenama Beryl’s.
Cara-cara :
  1. Oat disangai terlebih dulu.
  2. Kemudian cairkan coklat.
  3. Gaulkan oat dan coklat, hingga rata.
  4. Terus lapik loyang dengan plastik.
  5. Sudukan adunan tadi atas loyang.
  6. Sejukkan, siap.

Biskut Oat Marvelous

Imej via Facebook

Memang tersangat sedap biskut ini, ianya rangup di luar, lembut di dalam. Biasa resepi biskut, kuantiti tepungnya banyak, tapi yang ini kuantiti oat nya banyak. Rasa kaw dan memang sedap. Ayuh tengok resepi dari Gee Sulaiman di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 300g rolled oat segera –
  • 227 g mentega,
  • 330g gula perang,
  • 2 biji telur,
  • 1 sudu teh ekstrak vanilla,
  • 100g tepung gandum,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 1 sudu teh cream of tartar,
  • 200g cip coklat,
  • 250 g kacang badam.
Cara-cara :
  1. Ambil 250 g oat, kisar dan campurkan dengan 50 g oat tanpa kisar, asingkan.
  2. Pukul mentega bersama gula perang.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi.
  4. Masukkan ekstrak vanilla, terus pukul.
  5. Kemudian masukkan oat tadi dan gaul sebati guna senduk sahaja.
  6. Dalam mangkuk lain campurkan tepung gandum, baking powder dan cream of tartar yang sudah diayak .
  7. Seterusnya masukkan 200g cip coklat dan 250 kacang badam, gaul sebati.
  8. Campurkan bahan-bahan tepung ke dalam bahan-bahan oat tadi. Biarkan adunan sedikit lembik.
  9. Sudukan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.
  10. Biarkan biskut sejuk dan mengeras. Siap.

Biskut Oat Rangup

Imej via Facebook

Hari ini kita buat biskut oat. Akhir-akhir ini anak-anak gemar makan cookies. Jadi marilah kita godek-godek sekejap. tidak perlu mixer, cukup pakai senduk kayu sahaja. Siti Suhadah Mohd Sarif tambah satu sudu besar tepung beras untuk rangupkan biskut, dan hasilnya memang sedap.

Bahan A:
  • 250 g mentega / marjerin,
  • ¾ cawan gula perang,
  • 2 sudu besar minyak sapi.
Bahan B:
  • 2 cawan oat (sukat dan kisar halus),
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 sb serbuk koko,
  • 1 sb tepung beras,
  • 1 sb susu tepung,
  • ½ almond nibs (optional),
  • Susu tepung secukupnya untuk salut biskut.
Cara-cara :
  1. Mula-mula gaul sebatikan bahan A dengan senduk kayu.
  2. Kemudian masukkan bahan B dan uli. Cukup sekadar semua bahan sebati sahaja.
  3. Lalu, bakar pada suhu 160°C selama 25 minit.
  4. Akhir sekali sejukkan biskut dan salut biskut dengan susu tepung.

Biskut Oat Arab

Imej via Facebook

Biskut arab oat yang pastinya cair di mulut dan sedap rasanya. Resepi dari D’Shiela Darus di laman Facebook buat sendiri, sesiapa yang suka oat, boleh cuba resepi ini, mudah sahaja, boleh dapat dalam 90 ketul lebih. Jangan pakai minyak sapi, nanti biskut tidak sedap.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan oat kisar,
  • Setengah cawan gula diblender halus,
  • 1 cawan susu tepung,
  • 1 cawan minyak sapi (doh tidak melekat di tangan),
  • Secubit garam.
Bahan salut :
  • Oat diblender halus,
  • Susu tepung,
  • Garam secubit,
  • Gula halus yang dikisar halus.
    (Gaul sebati semua bahan-bahan dan boleh disadur pada biskut).

Chocolate Oat With Almond Cookies

Imej via Facebook

Buat biskut oat sempena hari ibu. Gaul semua bahan guna tangan, tidak perlu putar atau guna acuan, senang ajee. Resipi asalnya daripada internet tapi tidak menjadi. Fizri FJ buat ubah ikut citarasa dan kesesuaian.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan oat,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • Setengah cawan badam (disangai),
  • Setengah cawan tepung jagung,
  • Setengah cawan gula halus,
  • Setengah cawan chocolate chip,
  • Setengah sudu teh baking powder,
  • Secubit garam,
  • Minyak jagung,
    (setengah cawan atau lebih).
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan-bahan kering.
  2. Tuang minyak jagung sedikit-sedikit hingga adunan boleh dikepal.
  3. Bentukkan biskut ikut citarasa. Boleh letak cip coklat atau apa-apa di atas sebagai hiasan.
  4. Bakar 30 minit api atas bawah, suhu 200 °C.
    (Adjust ikut oven masing-masing).

Apple Oat Smoothie

Imej via Facebook

Sape kata oat boring? Ayuh cuba apple oat smoothie. Sedap minum semasa panas terik. Sesuai sangat untuk yang tengah diet. Tidak perlu tambah gula atau madu. Rasa dia memang sedap dan manis. Sebab rasa manis apple sudah sedap. Resepi dikongsikan oleh Ros Aida di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 250 ml susu,
  • 1 pack DOO (dry overnight oat),
  • 1 biji epal,
  • 1 tsp cinnamon,
  • Boleh letak ais.
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan.
  2. Tips untuk hancur halus, blend oat dulu pakai blender kering. Kalau ingin ada tekstur, blend semua sekali harung. Siap.

Smoothie Oat Pisang coklat

Imej via Facebook

Resepi oat segar dan lazat seterusnya ialah smoothie oat pisang coklat. Memang cepat kurus kalau minum ini. Resepi pun mudah sekejap sahaja. Cara buat dikongsikan oleh Ros Aida di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 pek oat,
  • 1 biji pisang,
  • Dark coklat,
  • Susu low fat secukupnya,
  • Ais 7-8 ketul.
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan.
    Siap.

Mangga Naga Oat Smoothie

Imej via Facebook

Selain rasanya yang sedap, tampilan yang berwarna kemerahan amat menyelerakan. Minum sejuk-sejuk lagi sedap. Resepi dikongsikan oleh Ros Aida di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 pek oat DOO,
  • ¼ biji mangga,
  • ¼ biji buah naga,
  • Susu kow fat secukupnya,
  • Ais secukupnya.
Cara-cara :
  1. Blend kesemua bahan hingga halus.
    Siap.

Latte Oat Smoothie

Imej via Facebook

Bukan buah sahaja boleh buat smoothie. Penggemar kopi boleh buat latte sebagai smoothie. Sedap dan sihat bersama. Resepi dikongsikan oleh Ros Aida di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 pek oat DOO,
  • Susu latte secukupnya,
  • Ais 7-8 ketul.
Cara-cara :
  1. Blend kesemua bahan hingga lumat.
    Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sweety oat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Terima kasih sudah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *