Resepi Kuih Sagu Mata Ikan Menu Minum Petang Popular di Malaysia
Kali ini kami bawakan resepi kuih sagu mata ikan yang amat popular sebagai salah satu menu minum petang di Malaysia. Namanya diberikan oleh kerana rupa sagu yang seperti mata ikan. Rasanya amat menarik dan manis, digabungkan pula dengan kelapa, sudah pasti ianya amat lazat dan memuaskan.
Kuih sagu mata ikan amat mudah untuk disediakan. Sagu dimasak bersama sirap sebelum dikukus dan kemudiannya digaul bersama dengan kelapa putih. Bahan untuk membuat kuih sagu mata ikan ini juga mudah untuk didapati. Antara bahannya termasuklah sagu, kelapa putih, gula pasir dan sirap ros.
Resepi ini dikongsikan oleh Jamal Dan Asmahan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!
Resepi Kuih Sagu Mata Ikan
Bahan – bahan:
- 2 1/2 cawan air.
- 1 cawan sagu (putih / warna pink)
- 3/4 cawan gula pasir
- Sirap ros
- Kelapa putih
- Garam
Cara – cara memasak:
- Didihkan air bersama perisa sirap.
- Bersihkan sagu dengan air. Masukkan ke dalam air mendidih dan kacau sehingga pekat.
- Apabila sudah nampak pekat, masukkan gula.
- Kacau lagi.
- Apabila sagu sudah likat, angkat dan masukkan ke dalam loyang yang dilapik plastik.
- Kukus sagu selama 30 minit.
- Sejukkan terlebih dahulu dan potong mengikut kesesuaian anda dan golekkan dengan kelapa putih.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.