Kali ini kami bawakan resepi ayam masak madu kurma versi mamak yang amat lazat. Resepi kali ini menggabungkan madu dan kurma, dua makanan sunnah di dalam satu juadah. Rasanya amat menarik dan manis serta pastinya digemari ramai. Ayam masak madu kurma biasanya didapati di kedai mamak, akan tetapi, anda juga boleh menyediakannya sendiri.
Tertanya – tanya cara penyediaan hidangan ayam masak madu kurma ini? Tahukah anda ianya amat ringkas sebenarnya. Anda hanya perlu menggorengkan ayam terlebih dahulu, menumis bahan kisar dan rempah ratus, dan masukkan ayam goreng tersebut. Siap! Mudah kan? Untuk tahu resepi ini dengan lebih terperinci, jom tengok resepi ayam masak madu kurma ini!
Resepi ini dikongsikan oleh Siti Rozaidah Abdullah dan mendapat banyak shares di Facebook.
Resepi Ayam Masak Madu Kurma
Bahan – bahan:
- Buah pelaga
- Bunga cengkih
- Bunga lawang
- 1 sudu jintan manis
- 1 sudu jintan putih
- 1 sudu serbuk kulit kayu manis
- 2 sudu serbuk cili suka pedas
- Limau
- Madu 4 sudu
- Kurma 2 biji*
- Bawang besar 1 biji*
- Bawang putih 6 ulas*
- Halia*
Bahan bertanda (*) dikisar dengan sedikit air.
Cara – cara memasak:
- Gorengkan ayam dengan garam dan kunyit dahulu.
- Tumis bawang besar, bunga cengkih, bunga lawang dan biji pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar.
- Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam yang telah digoreng awal.
- Masukkan sedikit air, madu dan sedikit garam.
- Biarkan mendidih dan kuah akan menjadi pekat.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!
Leave a Reply