Koleksi Resepi Ubi Rebus Sedap Buat Minum Petang
Dulu zaman atuk nenek kita, ubi adalah makanan yang selalu mereka makan. Kiranya ubi ini adalah salah satu makanan ruji mereka ketika itu. Ubi ini akan direbus dahulu untuk memudakan mereka makan. Tapi pada hari ini agak jarang kita lihat ubi dijadikan sebagai makanan ruji kan? Ye lah untuk zaman sekarang beras adalah makanan ruji kita.
Tapi sebenarnya banyak resepi yang boleh dibuat daripada ubi ini, Dari hidangan lauk sehingga kuih memang sedap. Nak jumpa di luar pun jarang yang menjual sekarang kan? Jom baca koleksi resepi ubi ini.
Resepi Ubi Tonyoh
Resepi ubi tonyoh ini sedang viral ketika ini. Rata-rata semua orang telah cuba dan nak buat pun mudah resepi viral ini. Jom baca resepi dari Mizah Ngatiman
Bahan-bahan
- 3 batang Ubi Kayu saiz sederhana
- 1 biji Kelapa Parut (bahagi dua untuk kukus dan untuk gaul)
- Sedikit garam halus
- 1 senduk rata Gula Pasir (suka manis lebihkan)
*ada yang gaul dengan Gula Nise/Gula Melaka
Cara Penyediaan
- Kukus 15minit.
- Gaul semua.
- 1 senduk rata gula pasir.
- Secubit garam halus.
- Ambil 2 senduk kelapa parut yang lain.
- Ambil sedikit kelapa parut, kukus sekejap dengan secubit garam halus.
Resepi Bingka Ubi Kayu
Salah satu kuih lama iaitu bingka kayu ubi. jarang dah kita tengok kuih ini dijual kan? Kalau ada pun banyak dijual di kedai kampung. Sedap tau kuih ini diganding pula bersama kopi panas. Resepi ini dari Mas Salleh
Bahan-bahan
- Ubi kayu dlm 1.7 kg
(Buang kulit dan potong lepas tu blend dan tapis air ambik pati ubi sahaja sukat sebanyak 4 cawan pati ubi)
- 4 cawan pati ubi
- 1 dan 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan gula
- 1/2 sudu besar garam
- 2 biji telur
- Sedikit pewarna kuning
- 2 sudu besar minyak
Cara Penyediaan
- Blendlah dahulu santan, telur, garam dan gula dan gaul bersama pati ubi kayu dan titiskan pewarna gaul rata.
- Panaskan oven 200°c selama 10 minit.
- Lepas tu ambil loyang 6×6 inci oleskan minyak masukkan adunan.
- Diatas adunan tadi taburlah sedikit marjerin atau butter.
- Bakar dalam 1 jam.
- Menggunakan api atas bawah dan suhu 180°c.
- Oven mcm tak memberi kerjasama garing tidak sekata.
- Sejukkan dulu baru potong ok guna pisau plastik.
- Boleh juga menggunakan loyang saiz 8 inci cuma kuih ada jadi sedikit rendah.
Resepi Ubi Goreng Berempah
Kalau anda tak suka yang versi rebus, boleh cuba versi goreng ini. Lagi sedao bila disalut pula dengan bahan rempah memang terangkat. Resepi dari Nor Shuktiani
Bahan-bahan
- 2 kg ubi kayu
- 2 sudu kunyit serbuk
- 2 sudu garam
- 2 sudu bwg merah + putih blend
- 2 sudu serbuk ketumbar
- 4 sudu besar tepung bestari pedas @ tepung beras
Cara Penyediaan
- Gaul sebati semua bahan dan goreng.
Resepi Ubi Getok Goreng
Ada yang panggil ubi getok ada yang panggil bebola ubi, mana-mana pun boleh. Kuih ini berasaskan ubi rebus yang disalutkan dengan tepung. Memang sedap kalau dapat yang baru digoreng. Resepi ini dari Noryana Mohamed Yusof
Bahan-bahan
- Ubi rebus 5,6 ketul
- Kelapa parut 1 paket
- Gula pasir 3,4 sudu nk kurangkan pn boleh
- Garam
- Tepung beras
- Telur 1 biji
- Serbuk kunyit
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
- Tumbuk ubi sampai lumat, campurkan gula kelapa secubit garam, gaul dan bulatkan.
- Buat bancuhan menggunakan 4 sudu besar tepung beras, sedikit garam, pecahkan telur dan serbuk kunyit.
- Kacau sebati ambil ubi yang dah dibulat tu masukkan dalam bancuhan dan goreng api sederhana.
Resepi Keria Ubi Kayu
Selalu kita dengar kuih keria keledek kan? Kali ini resepi diperbuat dari ubi kayu. Rasa lemak manis dan memang sedap, Jom baca resepi dari Noriah Mohd Saed.
Bahan-bahan
- Ubi kayu
- 1sk garam
- 1sd gula pasir
- 1sk majerin
- 1cwn tepung gandum
Cara Penyediaan
- 2cwn ubi rebus (direbus + 1sk garam) & dilenyek panas + (1sudu gula pasir).
- Ubi dah sejuk + (1sk majerin) dan gaul rata semua diatas
- Adunan da rata + (1cwn tpg gandum).
- Kepal doh nya menjadi bulat dan buat lubang ditengah.
- Goreng sampai kekuningan.
- Cara sira keria ubi kayu.
- 150ml air.
- 5sudu gula pasir.
- *Masak sampai berbuih pekat kecilkan api masuk keria yang dah siap digoreng kacau rata sampai gula kering.
Resepi Poli Ubi Kayu
Resepi poli ubi kayu memang sangat jarang kita dengar, ye lah resepi orang lama memang jarang kita nak lihat. Jom cuba poli ubi kayu resepi dari Tg Khuzanika.
Bahan-bahan
- 2 cawan ubi kayu yang dah di parut
- Kelapa parut
- Garam
Air gula melaka
- Gula melaka
- Sedikit gula putih
Cara Penyediaan
- Tambah lebih kurang setengah cawan air gaul sebati dah sebati alaskan loyang dengan daun pisang boh adunan tadi ratakan selepas itu cucuk adunan tadi dengan garpu masak sekata.
- Kalau ubi kayu di kisar tidak payah tambah air dah sebab masa blend kita dah letak air.
- Ubi kayu di parut/di sagat.
- Panaskan kukusan bila air gelegak letak adunan tadi kukus sehingga masak (biarkan sejuk baru potong di gaul dengan klapa yang di letal sedikit garam (kukus sekejap untuk elak kelapa lambat basi nak makan boh air gula melaka.
- Kalau rajin goreng sedikit beras pulut sampai wangi warna keemasan.
- Tabur semasa hendak makan.
Air gula melaka
- Masak nisan @ gula melaka+ sedikit gula putih masak sampai mendidih dan letak daun pandan.
- Untuk jadikan warna gelap letak kicap sikit nak dapatkan kepekatan yang cantik letak 1 sdk tepung ubi yang di bancuh dengan air semasa gelegak.
Resepi Ubi Kari
Jika anda suka makanan yang berasaskan rempah, resepi ubi kayu kari ini sesuai untuk anda cuba. Jom cuba resepi dari Fateha Abu Yamin
Bahan-bahan
- Ubi kayu
- Garam
Bahan sira
- Bawang merah
- Bawang putih
- Segenggam ikan bilis
- Rempah kari
- Sedikit cili kering
Cara Penyediaan
- Ubi kayu di bersihkan dan di potong 2 inci.
- Rebus ubi bersama sedikit garam.
- Setelah lembut ( merkah ) tutup api dan buangkan air.
- Setelah sejuk potong bentuk wedges.
- Goreng sekadar ubah warna.
Bahan sira
- Tumis semua bahan.
- Tambahkan garam + gula.
- Masukkan ubi yang telah digoreng.
Resepi Keropok Ubi Kayu
Kalau anda nak cari resepi versi keropok, anda boleh cuba resepi keropok ubi kayu dari Suraya Soib ini memang rangup bila dah siap goreng.
Bahan-bahan
- Ubi
- Tepung ubi
- Garam
- Daun pisan
Cara Penyediaan
- Parut ubi.
- Campurkan ubi yang diparut dengan tepung ubi.
- Masukkan garam pastu kalau nak campur udang kering atau ikan bilis pun boleh, blender bagi hancur.
- Tepek atas daun pisang.
- Kukus sampai masak.
- Jemur sampai kering.
- Dah kering boleh goreng..
Resepi Ubi Kayu Goreng Berlada
Kalau anda suka rasa yang manis dan pedas, boleh pertimbangkan untuk mencuba resepi ubi kayu goreng berlada ini dari Nurul Hamizah.
Bahan-bahan
- Ubi kayu
- Serbuk kunyit
- Bawang putih 1 labu
- Lada besar
- Tomato
Cara Penyediaan
- Potong memanjang ubi kayu.
- Rendam dgn air garam 30 minit.
- Tos kan.
- Tumbuk 1 labu bawang putih atau lebih.
- Perapkan ubi dengan kunyit dan bawang putih tumbuk.
- Perapan lagi lama lagi bagus lagi terasa bawang putih.
- Panaskan minyak agak banyak.
- Gorengkan ubi yang diperap hingga masak.
- Toskan.
- Potong lada besar tomato.
- Goreng dalam minyak tadi.
- Blend kan lada dan tomato letak air tapi jangan banyak sangat.
- Tumiskan bahan blend perasakan garam gula ajinomoto.
- Gaul dengan ubi siap.
Resepi Fries Ubi Kayu
Fries ubi kayu ini sesuai untuk dijadikan kudapan. Kena buat banyak sikit baru puas hati. Resepi ini dari Azrul Nizam.
Bahan-bahan
- 1 batang Ubi kayu
- 5 sudu besar Serbuk kunyit
- 7 ulas Bawang putih (ini rahsia yang buatkan fries ni lagi sedap hehe suka byk letak byk )
- 4 sudu besar Garam (3 sudu untuk air garam, 1 sudu untuk digaul bersama ubi)
Cara Penyediaan
- Rebus ubi seketika, jangan rebus ubi hingga terlalu empuk. Nanti ubi mudah hancur, tak jadi bentuk fries bila dipotong.
- Angkat ubi yang dah direbus, kemudian rendam dalam air garam lebih kurang 30 minit.
- Ini untuk bagi nyahkan kanji ubi, supaya fries tak melekat antara satu sama lain bila digoreng.
- Toskan air garam. Kemudian potong ubi kayu panjang2 seperti fries. Next, dalam satu bekas, gaulkan ubi dengan serbuk kunyit dan 1 sudu garam. Masukkan sekali bawang putih yang dah diketuk. Gaul sekata.
- Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan fries yang dah digaul serbuk kunyit tadi. Goreng guna api besar. Masak sehingga kuning keemasan.
- Angkat dan sedia untuk dikunyah.
Resepi Menarik Yang Lain
Menarikkan resepi di atas? Banyak lagi resepi menarik yang telah kami sediakan untuk anda. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami!