Tag: masakan kampung
-

Resepi Lemak Cili Api Telur Masin Sawi Jeruk
Masakan kali ini adalah masakan yang berasaskan masakan kampung. Dalam resepi ini saya menggunakan dua bahan utama yang amat jarang dicuba. Iaitu jeruk sawi dan juga telur itik, kedua bahan ini saya masak menggunakan resepi lemak cili api yang amat ringkas tetapi sentiasa digemari ramai. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang…
-

Resepi Lemak Labu Daun Salang Sayuran Kampung Yang Rare
Resipi kali ini menggunakan sejenis sayur yang boleh didapati di kawasan Kamunting Taiping Perak. Kunjungan saya baru-baru ini ke sana pertemukan saya dengan sayur salang ini ataupun pucuk daun salang. Menurut orang yang di sana mereka menggunakan daun salang ini seperti mana yang kita menggunakan sayur bayam ataupun sawi. Ini kerana apabila dimasak ianya menjadi…
-

Resepi Apam Tembikai Nampak Susah Tapi Guna 2 Bahan Sahaja
Resepi kali ini menggunakan dua bahan sahaja untuk menghasilkan apam tembikai. Apam tembikai merupakan salah satu Apam yang popular kerana rupa yang cantik dan rasanya yang sedap. Lazimnya ia diisi dengan inti seperti inti blueberri ataupun strawberi. Bahan untuk menyediakan apam ini secara asasnya hanyalah menggunakan dua bahan sahaja. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba…
-

Resepi Rendang Ayam Tua Daun Maman Mak Tam Gemencheh
Resepi kali ini merupakan masakan rendang yang popular dan telah menjadi trendmark masakan rendang Negeri Sembilan. Rendang ayam tua daun maman ini banyak didapati daerah Gemencheh walaupun kini daun maman boleh didapati diseluruh negara kita.tapi sebab daun maman ini rasanya lain dari lain dan paling sedap dimasak dengan kuah seperti lemak cili api ataupun dibuat…
-

Resepi Lemak Cili Api Perut Dengan Rebung Masakan Kampung
Resepi masakan kampung kali ini ialah antara menu yang sentiasa mendapat permintaan didalam hidangan makan tengahari terutamanya ketika musim raya haji. Masakan rebung ni kalau menggunakan rebung yang segar pasti rasanya sangat sedap dan terasa manis. Sesetengah orang tak suka rebung kerana baunya yang kuat jadi ia perlu dibasuh berulang kali tapi kalau sekali cuba…
-

Resepi Ayam Masak Kerisik Versi Chef Zaidah Lazat Tak Terperi
Resipi ini merupakan resipi ayam yang sesuai untuk dijadikan menu dalam hidangan utama seperti makan malam ataupun majlis seperti kenduri.Ianya saya cuba dari koleksi resepi chef terkenal iaitu chef Zaidah.Penyediaannya amat ringkas dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Namun paling utama dalam masakan ini ialah kerisik, ia memberi aroma yang lebih sedap dan juga…
-

Resepi Sayur Kailan Goreng Belacan Guna Bahan Paling Minima
Resepi kali ini adalah resepi sayur kailan yang kerap kita dapati digerai atau restoran yang menjual masakan panas seperti restoran tomyam. Sayur kailan adalah sejenis sayur yang berdaun lebar dan batang sayurnya agak besar berbanding sayur sawi. Namun s berbanding batang sayur sawi batang sayur kailan lebih sedap dan juga rangup. Selain dari itu sayur…
-

Resepi Asam Tumis Kepala Ikan Makan Dengan Nasi Panas Asyik
Resepi kali ini merupakan masakan yang sesuai dijadikan hidangan makan tengahari. Asam tumis kepala ikan ini adalah masakan ringkas namun begitu sedap dan amat mudah untuk disediakan, dia macam asam pedas cuma dia lebih cair. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah bawang besar, putih, halia dan juga sedikit cili kisar namun paling penting ialah asam jawa…
-

Resepi Lemak Putih Cendawan Shitake Masakan Ringkas Sedap
Resepi kali ini adalah resepi mudah yang sesuai dijadikan hidangan makan utama. Masak lemak sayur biasanya menggunakan sayur kobis sahaja kerana ia lebih manis tetapi perkongsian kali ini menggunakan cendawan shitake . Variasi ini sesuai bagi peminat cendawan shitake khususnya kerana ada orang kata cendawan ini rasanay seperti daging ayam, nak tau kenalah cuba. Masakan…
-

Resepi Sambal Ketuk Pedas Masam Tanpa Belacan
Resepi kali ini merupakan resepi yang berasal dari Negeri Sembilan. Oleh kerana kadang kala masakan yang disediakan kurang pedas maka sambal ketuk ini digunakan untuk menambah kepedasan dalam masakan. Sambal ketuk ini biasanya dimakan dengan kuah-kuah seperti sup, singgang atau masak bening. Ia amat mudah untuk disediakan malah ia juga tidak menggunakan belacan, antara bahan…