Resepi Roti Puri Menu Minum Petang Paling Enak!

roti puri

Roti Puri merupakan roti yang diperbuat daripada tepung gandum. Teksturnya lembut dan kosong di dalam. Ianya digoreng terlebih dengan minyak yang panas, memberikan teksturnya yang lembut dan menggelembung itu. Pastikan minyak betul betul panas sebelum digoreng ya! Atau mungkin roti puri anda tidak akan enak seperti yang anda bayangkan.

Roti puri enak dimakan bersama dengan sambal ikan sardin, atau kari atau apa apa sahaja lauk lebihan yang anda ada. Ianya juga enak dimakan begitu sahaja, kerana rasanya sendiri sudah manis disebabkan oleh susu pekat yang ditambah ke dalam adunan roti itu. Roti puri sesuai dihidangkan pada minum petang. Dihidangkan pula bersama teh o panas dan sambal, pasti semua yang rasa akan menyukainya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Azierah Khosni dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom tengok!

Resepi Roti Puri

roti puri
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar yis kering
  • 1 sudu besar susu pekat
  • Garam sikit
  • 1 sudu besar margerin
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 air suam

Cara – cara memasak:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali air dan ramas sehingga sebati.
  2. Masukkan air dan uli sebentar. Perap selama 30 minit.
  3. Bulatkan kecil dan canai leper.
  4. Panaskan api, pastikan api besar dan betul betul panas.
  5. Masukkan doh dan biarkan ianya mengembang sehingga keemasan.
  6. Boleh angkat dan siap!
roti puri 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain