Roti Poket

malam ni marhaban taman….buat ROTI POKET…resepi dari rakan dalam group ni jugak…Ya Allah..sedap….habis tetamu makan…panas-panas pulak…terima kasih la yang share resepi

Bahan-bahan:
Roti
serbuk roti secukupnya
telur secukupnya

Bahan inti:
Sayuran seperti salad dan tomato buang biji dan dipotong kiub
Nugget atau daging burger atau apa yang kita suka digoreng dan dipotong dadu kecik jika nugget
2 biji bawang merah dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah buang biji dann dihiris nipis
3 biji atau lebih kentang dipotong dadu dan digoreng
*inti boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing.

Cara penyediaan:

2 keping roti dicanai nipis dan pastikan tepinya melekat supaya bila digoreng akan menggelembung…

Celup roti dalam telur dan digolekkan dalam serbuk roti

Goreng sehingga keperangan

Setelah sejuk boleh dipotong dan disumbat dengan inti pilihan

Penyediaan Inti:
Panaskan minyak secukupnya
Tumis bawang dan cili sehingga wangi dan masukkan kentang goreng dan nugget dan perasakan dengan garam dan lada sulah jika suka.
Bahan inti bolehlah disumbat ke dalam roti tadi….

Selamat mencuba!

kredit resepi ini kepada Halimah Tusa’diah‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *