Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Salted Egg Cornflakes Kudapan Viral Senang Giler

author name

📄

Resepi ini merupakan sejenis makanan ringan yang sesuai dijadikan kudapan terutama bagi peminat makanan kudap-kudapan ini. Khususnya cornflake kerana ia mempunyai banyak lagi versi contohnya cornflakes madu ataupun cornflake sira.

Cornflake merupakan sejenis makanan yang lazimnya dihidang sebagai sarapan pagi, ianya dimakan bersama susu  segar. Ia amat popular dibarat kerana ia merupakan makanan tinggi serta yang mudah untuk disediakan terutam disebelah pagi. Namun oleh kerana orang kita amat kreatif dalam penyediaan makanan, maka cornflake diubah menggunakan pelbagai resepi yang menarik seperti resepi yang dikongsikankali ini. Cornflakes salted egg ini menggunakan serbuk telur masin sebagai bahan utamnay. Bagi anda yang mencari idea penyediaan kudap-kudapn berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 120 g butter
  • 2 pelepah daun kari.
  • 1 tsp serbuk cili (pilihan)
  • 70 gram – serbuk Salted Egg
  • 1 – sudu kecil gula.
  • 250 gram – conflakes

Kaedah

  • Cairkan butter dan masukkan daun kari,kacau sehingga sebati.
  • Masukkan serbuk Salted Egg dan cili dan masuk gula. Kacau sebati.
  • Masukkan conflakes, gaul sehingga conflakes bersalut. 
  • Tutup api.
  • Kemudian taburkan cornflakes didalam loyang dan bakar sebentar agar cornflakes rangup.
  • Siap!
  • Simpan didalam bekas kedap udara.

Serbuk telur masin boleh didapati dipasaraya dan juga kedai yang membekalkan bahan masakan bakeri. Jika anda suka anda boleh tambah sedikit lagi gula mengikut citarasa anda kerana salted egg cornflakes ini adalah kategori makanan pedas. Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi mudah ini dan siapkan sebalang agar mudah untuk dinikmati bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *