Resepi Pancake Premix Homemade Tak Perlu Beli Dah

Resepi kali ini merupakan resepi segera pankek dimana ianya biasa dijual dipasar raya. Pankek adalah salah satu menu sarapan pagi yang amat popular terutama diluar negara. Ianya diperbuat dari tepung dan telur dan amat sedap dinikmati bersama butter dan madu.

Penyediaannya sebenarnya amat dan lebih mudah apabila anda sediakan sendiri tepung pra campurannya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bikarbonat 
  • ½ sudu teh garam

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan ayak atau kacau sehingga sebati.
  • Simpan didalam bekas kedap udara

Bahan tambah

  • ¾ cawan susu
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar butter cair/minyak masak

Sediakan bahan-bahan kering ini lebih awal dan masukkan didalam bekas kedap udara. Apabila ingin digunakan anda hanya perlu tambah buttermilk dan juga telur. Nikmati pankek dengan butter dan madu bersama secawan kopi.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *