Resepi Pancake Chocolate Premix Buat Sendiri Je

Resepi kali ini merupakan resepi tepung segera untuk membuat pankek coklat. Tepung segera seperti ini biasanya banyak dijual dipasaraya. Ianya sangat digemari terutama oleh peminat sarapan pagi barat seperti pankek ini.

Namun begitu tepung segera seperti ini sebenarnya boleh kita sediakan sendiri lebih awal dan simpan didalam bekas kedap udara. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri pankek, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan kering

  • ½ cawan tepung gandum 
  • ¼ cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil garam

Kaedah

  • Campurkan semua bahan
  • Ayak dan simpan didalam bekas kedap udara.
  • Bila ingin guna, tambahkan ¾ cawan susu bersama 2 sudu besar cuka makan, 2 sudu besar mentega cair atau minyak dan juga 1 biji telur.
  • Campurkan dengan bahan kering yang telah disediakan.
  • Siap!
Resepi Pancake Chocolate Premix Buat Sendiri Je 2
Resepi Pancake Chocolate Premix Buat Sendiri Je 3

Bagi sesetengah resepi yang banyak dijual di pasaraya, bahan yang perlu ditambah hanyalah air atau susu. Namun begitu bagi menghasilkan rasa yang premium, tambah tepung segera pankek ini dengan buttermilk agar rasanya lebih sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Penulis