,

Resepi Jus Limau Dengan Susu Boleh Tahan Sedap Gak

Oleh:

Resepi ini merupakan resepi minuman yang agak menarik kerana ia menggunakan gabungan limau nipis dan juga susu. Susu yang digunakan ialah susu manis jadi ia memberi rasa yang menyegarkan bila digabung dengan limau yang masam.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 biji jus limau nipis
  • 2 tbsp susu manis
  • Susu fresh milk/full cream (ikut selera)
  • Ais

Kaedah

  • Kisar semua bahan sebati kecuali ais.
  • Tuang dalam gelas yang sesuai sebelum dihidangkan.
  • Jangan lupa tambah dulu ais
  • Siap! 

Satu perkara tentang minuman ini ialah bila dibiarkan lama, susu akan mulai mengental dan terasing kerana tindak balas kimia berlaku antara susu dan jus limau tadi tapi tak ada masalah pun kerana bila dikacau teksturnya akan kembali sebati dan bolehlah diminum semula. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]