Resepi Cendawan Tiram dan Enoki Tepung Rangup

Kalau pergi ke pasar malam pasti kita akan jumpa cendawan goreng tepung. Cendawan yang mereka jual pula sangat rangup bila makan. Pernah tak anda terfikir bagaimana untuk mendapatkan cendawan goreng tepung yang masih kekal rangup walaupun dah lama digoreng. Bila kita buat sendiri pasti akan rangup sekejap sahaja kan. Puas dah memikir.

Jom kami kongsikan resepi cendawan goreng tepung yang kekal rangup bila dimakan. Cendawan goreng tepung ini juga sesuai di jadikan sebagai kudapan dan snek. Selepas anda dah cuba resepi ini pasti anda tak sabar nak makan. Kali ini kami bawakan resepi cendawan enoki dan cendawan tiram goreng tepung rangup.

Resepi Cendawan Tiram Goreng Rangup

Cendawan yang selalu kita jumpa di pasar malam ialah cendawan tiram, tapi kalau anda tak tahu teknik yang betul hasilnya nanti tepung akan lembik. Jom baca resepi dari yang ditulis di Facebook oleh Nazliana Md Satari

Bahan-bahan

  • Tepung bestari 1 cup+
  • 2sdu tepung jagung+
  • baking powder
  • Gaul semua

Cara Penyediaan

  1. Cendawan tadi bedakkan semua dengan cmpuran tepung, then tepuk sikit letak atas dulang atau pinggan besar.
  2. Susun elok-elok, dan ambil spray air, spray semua cendawan tadi smpai dalam basah sikit supaya tepung tadi melekat elok )depan belakng spray).
  3. Then, goreng dengan minyak yang banyak smpai garing. Insya Allah smpai petang masih rangup lagi.

Resepi Cendawan Enoki Salted Egg Rangup

Sebelum ini tular cendawan enoki dimasak bersama lemon jus, jom cuba pula cendawan enoki tepung rangup ini. Memang sedap dan sesuai di jadikan kudapan. Jom baca resepi perkongsian melalui Facebook oleh Nur Masri

Bahan-bahan

  • 3 bungkus Cendawan Enoki
  • 2 biji telur ayam
  • Tepung goreng serbaguna seri aji
  • Cili padi
  • Daun kari3 biji
  • Telur masin (tebus, ambil kuning terlur sahaja dan hancurkan)
  • Butter5 ulas bawang putih cincang halus)
  • Maggi cukup Rasa
  • Gula Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Pukul telur di dalam mangkuk.
  2. Celup cendawan ke dalam telur yang telah dipukul sehingga rata.3
  3. Salutkan cendawan enoki dengan tepung goreng serbaguna seri aji.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan cendawan tadi
  5. Apabila kelihatan kekuningan dan rangup, angkat cendawan goreng

Salted Egg

  1. Panaskan butter secukupnya.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan daun kari, cili padi, kacau sebati.
  4. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  5. Perasakan dengan Maggi cukup Rasa dan gula secukupnya.
  6. Masukkan cendawan enoki tadi, gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama nasi. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik yang ada di sini. Resepi yang ada boleh dijadikan sebagai rujukan. Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *