Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Almond Kluster Kayangan Guna 2 Bahan Je

Resipi ini merupakan cara untuk menyediakan biskut raya menggunakan dua bahan sahaja. Almond cluster nama yang telah diberi oleh pembuat biskut ini yang popular sejak akhir-akhir ini. Ia menggunakan hanya dua bahan iaitu kacang badam yang digoreng tanpa minyak dan bar coklat yang dicairkan sahaja. 

Istimewanya dia juga tidak perlu dibakar didalam oven sebaliknya ianya hanya  perlu dicampur dan disejukkan dalam peti ais. Namun begitu rasanya amat enak sekali sesuai bagi anda yang gemar kepada kacang badam dan berikut adalah bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini.

Bahan-bahan

  • 500g kacang badam batang
  • 300g choc hitam (dark choc)
  • 2-3 sudu besar butter (pilihan)

Kaedah

  • Bakar atau goreng tanpa minyak kacang badam hingga baik bau.
  • Sejukkan sebentar.
  • Cairkan coklat dengan cara double boil. 
  • Masukkan butter dan biarkan semua bahan betul-betul cair.
  • Biarkan coklat ni sedikit suam.
  • Masukkan kacang badam sedikit demi sedikit sambil kacau.
  • Kemudian sudukan kedalam paper cup kecil.
  • Sejukkan dalam petiais sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.
  • Tahan lebih 2 minggu kalau tahan lebih lama simpan dalam petiais.
  • Siap!

Coklat yang digunakan di dalam resipi ini ialah dark chocolate kerana ia mempunyai rasa yang sedikit pahit, Namun begitu anda juga boleh menggunakan campuran milk chocolate dan dark chocolate mahu pun sedikit nutella. Jangan lupa untuk mencuba resipi yang sangat mudah ini bersama anak-anak anda kerana pembuatannya amat ringkas dan cepat, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!