Resepi Biscoff Cheesecake Tanpa Bakar Senang Je Buat Sendiri Lagi Berbaloi

Resepi berikut merupakan resepi cheesecake yang kerap mendapat permintaan sejak akhir-akhir ini. Biscoff cheesecake adalah sejenis dessert yang tidak perlu dibakar atau kukus, sebaliknya ia menggunakan gelatin untuk membuat adunan menjadi lebih pejal dan berkrim.

Cheesecake ini amat sedap bila digabung dengan biscoff sejenis sapuan yang mulai popular sejak kebelakangan ini. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • Biskut Biscoff 12 keping
  • Butter cair 50g 

Kaedah

  • Kisar biskut dan gaul dengan butter cair.
  • Kemudian padatkan didasar loyang kek saiz 6”
  • Simpan dalam petiais.

Bahan B

  • Gelatin 10g
  • Air sejuk 50ml

Kaedah

  • Campur kedua bahan dan biarkan ia kembang.
  • Kemudian microwave 10 saat agar ia cair.
  • Ketepikan

Bahan C

  • Cream cheese 250g
  • Gula aising 30g
  • Biscoff spread 100g

Kaedah

  • Pukul hingga gebu.

Bahan D

  • Whip cream sejuk 250ml
  • Gula aising 1 tbsp

Kaedah

  • Pukul hingga kedua bahan menjadi kaku.

Penyediaan cheesecake

  • Kaup balik dan gabungkan bahan C dan bahan D.
  • Kemudian tambah dengan bahan B dan gaul hingga semuanya sebati dan gebu.
  • Tuang dalam loyang dan biarkan 24jam dalam petiais.
  • Selepas 24jam hias kek cheese dengan biscoff spread dan biskut biscoff.
  • Siap!

Biscoff adalah sapuan yang dibuat dari bunga lotus ianya telah sedia manis jadi anda boleh anggar sendiri sukatan gula agar ia sesuai dengan citarasa anda , selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain