Resepi Beefsteak Homemade Sos BBQ Makan Mewah Buat Dirumah
Resepi ini adalah sejenis masakan ringkas namun biasanya ia hanya dijual direstoran dengan harga yang agak mahal. Beef steak adalah hidangan barat yang amat digemari oleh orang kita. Lazimnya ia menggunakan bahagian daging striploin yang diimport. Dihidang bersama potongan sayur seperti brokoli dan lobak merah bersama kentang putar. Namun dalam perkongsian kali ini saya menggunakan sayur salad bersama sos pedas. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 keping beef steak striploin perap sebentar dengan garam dan serbuk lada hitam.
- Butter dan sedikit minyak zaitun
- Serbuk daun thyme
Bahan sos
- 1 tbsp sos bbq
- 1 tbsp sos lada hitam
- 1 tbsp sos korea (kalau hendak pedas)
- 1 tbsp cili sos
- 1tbsp minyak kelapa sawit merah
Kaedah
- Cairkan butter bersama sedikit minyak zaitun.
- Masukkan daging dan biarkan ia masak, terbalikkan dan masak bahagian sebelahnya pula.
- Taburkan daun thyme dan kalau suka boleh tambah lagi serbuk lada hitam.
- Alih dan masukkan dalam pinggan bila daging telah masak.
- Manakala sos pula, campur semua bahan dan sedia untuk digunakan.
- Beef steak boleh dihidang dengan brokoli dan carrot yang direbus empuk bersama sos yang telah disediakan tadi atau boleh sahaja hidang dengan salad sayur.
- Siap!
Bahagian untuk stik boleh dibeli dihypermarket yang menjual daging import, tapi jika anda ingin beli dipasar, anda bolehlah bertanya terus pada penjual agar anda tidak tersilap membeli daging yang keras pula, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.