Resepi Ayam Malabari Lain Dari Kebiasaan Tapi Sedap Kena Try
Resepi kali ini adalah resepi berasaskan masakan India yang dibawa oleh masyarakat Malabari. Masakan ini menarik kerana walapun bahan-bahan digunakan agak biasa dikalangan orang Melayu, namun cara penyediaannya sedikit berbeza dimana ia menggunakan lebih rempah yang sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat India.
Bagi anda yang mencari-cari idea bagi masakan utama dihidangkan untuk keluarga anda, boleh jadi anda boleh mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan
- 1/2 ekor ayam potong dan gaul dengan kunyit dan garam.
- Goreng tidak terlalu garing
- 1 biji bawang besar
- 1 1/2 inci halia
- 2 tbsp serbuk kari ayam
- 3 tbsp kicap pekat
- 4 tbsp cili kering yang dikisar
- Air asam jawa
- Daun kari
- 3 tbsp gula
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kaedah
- Kisar bawang dan halia.
- Mula-mula kisar daun kari
- Selepas itu tumis cili dan bawang yang telah dikisar
- Masukkan serbuk kari dan bila ia telah naik minyak masukkan air asam jawa.
- Selepas itu masukkanayam.
- Akhir sekali masukkan kicap, anggar sendiri mengikut gelap yang anda suka.
- Tambah garam dan serbuk perasa sedikit, tak perlu banyak sebab kicap dah masin.
- * tambah air jika ianya terlalu pekat.
- Siap!
Masak Malabari ini biasanya menggunakan daging, namun denganseidkit variasi penggunaan ayam sebagai bahan utama juga sedap dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.