Resepi Ayam Goreng Kunyit (Mudah Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan satu menu yang agak popular sejak kebelakangan ini. Menu ini agak simple kerana ia memerlukan bahan yang sangat minima. Ayam goreng kunyit adalah isi ayam digaul dengan garam dan kunyit. Tetapi isi ayam ini diperap dengan tepung jagung dan tepung beras agar ia lebih rangup.

Isi ayam ini digoreng menggunakan teknik ‘deep fry’. Oleh itu minyak perlulah banyak dan betul-betul panas. Tujuannya agar isi ayam ini garing dan rangup diluar tetapi ‘juicy’ didalam. Jangan goreng terlalu lama kerana ditakuti isi ayam menjadi keras dan liat. Untuk sayur-sayuran pula, lobak merah dan kacang buncis dunakan kerana rasanya yang sedap. Tambahan pula warnanya lebih menarik.

Oleh itu, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Ayam Goreng Kunyit ( Mudah Dan Sedap)

Bahan-bahan

  • Dada ayam 3 bahagian

Bahan perapan ayam

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan-bahan hiris

  • Bawang besar 1 biji hiris bulat
  • Bawang putih 2 ulas hiris nipis
  • Cili api 6 biji dibelah dua atau buang  tangkai sahaja
  • Lobak merah 1 batang dihiris memanjang
  • Kacang panjang atau buncis dipotong memanjang

Kaedah

  • Mula-mula hiriskan isi ayam dan tambahkan dengan garam dan serbuk kunyit. Gaul rata dan biarkan ia sebati
  • Kemudian tambahkan bahan-bahan perapan dan biarkan ia seketika.
  • Menggunakan minyak yang banyak dan pastikan ia panas, goreng ayam hingga ia garing, kemudian toskan ia.
  • Menggunakan minyak yang sama, goreng bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng tidak perlu terlalu garing.
  • Apabila telah siap, gaulkan ayam bersama bahan hiris yang telah digoreng tadi.
  • Siap untuk dihidang



Resepi ini lazimnya dimakan bersama sambal berlada yang sangat pedas, kicap dan telur mata kerbau. Namun kali ini Madam menjamu ia bersama sambal gesek resepi yang juga terdapat didalam laman kami ini.

Menu ini juga sangat sesuai dinikmati sebagai makan malam          , dimakan bersama nasi panas dan keluarga yang tercinta. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.



Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *