Resepi Asam Pedas Ikan Cencaru( Resepi Paling Mudah)
Asam pedas adalah antara masakan melayu yang paling popular. Walaupun dikatakan ia berasal dari negeri Melaka dan Johor, asam pedas boleh ditemui hampir disetiap pelusuk negara. Barangkali kerana ia masakan yang mudah,menggunakan bahan yang ringkas.
Lazimnya asam pedas dimasak bersama ikan. Contohnya ikan pari,ikan parang, ikan tenggiri atau ikan cencaru. Bahan-bahannya juga mudah,tapi ada sesetengah tempat mempunyai bahan yang sedikit berbeza.
Madam sendiri mempunyai dua jenis asam pedas yang menjadi kegemaran keluarga. Sebelum ini Madam ada kongsikan resepi asam pedas ikan duri. Ia mengandungi jintan halus dan jintan kasar. Bahannya agak rumit berbanding resepi yang Madam ingin bawakan hari ini.
Mari lihat resepi asam pedas kali ini
Resepi Asam Pedas Ikan Cencaru.(Paling Mudah)
Bahan Utama
- 3 ekor ikan cencaru sederhana besar
Bahan-bahan kisar
- Segenggam cili kering yang telah direbus hingga kembang.
- Sebiji bawang besar saiz sederhana
- ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
Bahan-bahan rencah
- Daun kesum 2 pelepah
- Bunga kantan 1 kuntum
- Sayur bendi 6 batang
Bahan-bahan perasa
- Asam jawa setengah genggam,dibancuh dengan air semangkuk kecil.
- Garam 1 ½ sudu kecil
- Serbuk perasa ½ sudu kecil
Kaedah
- Cuci ikan dan perapkan dengan garam dan serbuk kunyit.
- Ketepikan.
- Panaskan api.
- Tumiskan semua bahan-bahan kisar.
- Tunggu sehingga tumisan naik minyak.
- Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
- Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan semua serasi, tambahkan air jika ingin lebih kuah.
- Apabila kuah telah mengelegak, masukkan ikan dan bendi.
- Tambahkan garam dan serbuk perasa.
- Tutup api, bolehlah dihidangkan.
Kalau dahulu, asam pedas ini kita perlu masak sendiri jika teringin. Tapi kini, menu ini ada dijual dibanyak kedai dan restoran. Malah ada restoran yang menjual pelbagai versi asam pedas. Dihidang bersama ulam dan ikan masin. Madam pula wajib makan ia dengan kicap.
Bolehlah cuba sendiri masakan dirumah.Bahannya mudah rasanya sedap. Jangan lupa mencuba resepi-resepi kami yang lain juga.