Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Resepi Kuih Bakar Dapat Kerak Rangup

author name

📄

Salah satu kuih lama yang masih mendapat perhatian adalah kuih bakar atau kuih bengkang. Dulu-dulu dibakar dengan arang dan juga sabut kelapa. Memang agak leceh tapi bila hasilnya sangat berbaloi. Rasanya juga lebih beraroma.

Seiring dengan peredaran zaman, kini untuk membuat kuih bakar ini ini anda boleh membakar melalui oven atau pengukus. Kuih bakar ini juga lebih sedap bila kerak tepinya itu lebih rangup. Nak dapatkan kerangupan tersebut anda perlu membakar dengan tempoh yang lebih lama.

Selain kuih bakar pandan, banyak lagi resepi kuih bakar yang anda boleh cuba sebenarnya.

1. Resepi Kuih Bakar Pandan

Siapa sahaja yang tak suka dengan kuoh bakar pandan kan? Bila dah siap bakar memang semerbak bau kuih ini. Rasa tak sabar nak makan. Resepi ini dari Rahmah Rosmin.

Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/4 cwn santan
  • 1 cwn jus pandan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu bsr marjerin
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bijan secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan kemudian blender hingga halus.
  2. Sapu acuan dengan sedikit minyak panaskan sekejap acuan kemudian tuang adunan dan tabur bijan.
  3. Bakar suhu 180°C selama 30 min.

2. Resepi Kuih Bakar Kedut

Seperti kuih akok kedut, kuih bakar pandan kedut ini juga sebenarnya sama dengan kuih bakar yang lain. Cuma resepi dari Tg Khuzanika ini memberi sentuhan yang sedikit berbeza dengan tekstur kedut dan lembik. Jom cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • 1 cawan telur
  • 1cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau epal

Cara Penyediaan

  1. Sedikit emulco pandan campur semua blend dan tapis.
  2. Bijan di sangai untuk tabur bila kuih bakar dah masak.
  3. Bakar suhu18 30 mnt.

3. Resepi Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur

Kalau ada alahan dengan telur tapi teringin nak makan kuih bakar, anda boleh cuba resepi kuih bakar pandan tanpa telur ini. Hasilnya memang sama sedap tau. Resepi oleh Nuraishah Binti Ibrahim.

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 suku cawan gula
  • 2 cawan santan
  • 3 cawan setengah air daun pandan
  • Secubit garam

Cara Penyediaan

  1. Kacau semua, tapis dan bakar.
  2. Loyang sapu marjerin tebal. Bakar sehingga anda berpuas hati dengan keraknya.

4. Resepi Kuih Bakar Daging

Kuih bakar daging atau kuih bakar berlauk ini kalau beli luar rasa tak puas hati kan, kadang kala dapat yang lauk sikit. Buat sendiri lagi puas hati dengan lauk yang banyak. Resepi ini dari Sha Syariza.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan kelapa
  • 2 biji telur gred A
  • 150 ml air
  • Sedikit garam
  • Minyak secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Cili merah untuk hiasan

Bahan inti daging

  • 1 biji kentang didadu
  • 150 gm daging kisar
  • 1 sdb rempah kari daging
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Sedikit air
  • Hirisan daun sup secukupnya
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan

Inti Daging

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  2. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah kari garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  3. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan

Kuih bakar

  1. Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga tidak berbintil-bintil.
  2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit sahaja garam. Tapis dan ketepikan.

Kuih bakar daging

  1. Panaskan acuan atas dapur, guna api yang sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar). Kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian tepi nampak garing.
  2. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata-rata. Tutup permukaan acuan sekejap.
  3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven.
  4. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi.
  5. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

5. Resepi Kuih Bakar Rangup dan Lembut

Ada orang suka tesktur lembut diluar, ada orang suka tekstur lembut didalam. Resepi kuih bakar ini hasilnya rangup diluar dan terasa lembut bila dimakan. Resepi ini dari Wanie Othman.

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (atau 1 kotak santan 500 ml)
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit Pewarna hijau
  • Bijan

Cara Penyediaan

  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dalam 5 minit terakhir).

6. Resepi Kuih Bakar Pandan Versi Air Fryer

Kalau nak lagi senang kan, anda boleh cuba resepi kuih bakar pandan versi air fryer ini dari Nor Muhamad Ilyas ini. Bahan yang mudah dan paling penting mudah sangat nak buat.

Bahan-bahan

  • 1 Cawan air daun pandan
  • 2 Cawan santan/1kotak kecil
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan Gula
  • 2 Biji telur
  • 1 Sudu kecil garam
  • 1 Sudu kecil esen vanilla
  • 1 Sudu kecil pewarna hijau
  • Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi (optional)

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan tadi sampai sebati.
  2. Masukkan dalam loyang.
  3. Masukkan kedalam Airfryer suhu 170° masa 45minit

7. Resepi Kuih Bakar Labu

Kali ini resepi kuih bakar labu. Jika anda nak rasa kelainan boleh lah cuba kuih bakar labu ini memang rasa lemak manis. Resepi ini dari Zura Zul.

Bahan-bahan

  • 2 cawan labu (kukus dulu kemudian dilenyek baru sukat dengan cawan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 3 biji telur gred B
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam
  • 2 cawan santan (1 kotak santan 200ml + 1 cawan air)
  • Bijan

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua bahan diatas kacau guna whisk bagi rata/sebati nak blender pun boleh.
  2. Sapu loyang dengan butter panaskan loyang 8×8 inci dalam 5-10 minit dalam oven
  3. Tuang adunan tadi bakar dalam 10 minit keluarkan dan tabur bijan.
  4. Bakar lagi 1 jam suhu 200’C api atas bawah nak garing lagi tambah masa bakar.

8. Resepi Kuih Bakar Kurang Manis

Resepi kuih bakar pandan yang ini sesuai untuk anda yang inginkan rasa kurang manis. Resepi mudah ini dari Nor Alisa Azam.

Bahan-bahan

  • Tepung gandum
  • Saya guna cap kunci/sauh/Lili/rose
  • Terpulang pada masing2 tapi yang diatas memang menjadielok .
  • Telur gred B 2biji
  • Santan sebiji (kelapa besar)
  • Gula
  • Garam
  • Air daun pandan separuh blender
  • Pewarna

Cara Penyediaan

  1. Masukkan semua sekali bahan dan kacau rata, isi air last masa korang nak bancuh kalau pekat tambah, lepas siap bancuh blend bancuhan tadi nak bagi adunan cantik.
  2. Isi pewarna hijau.
  3. Gula dan garam pun sama. Isi minyak 2 sudu dalam adunan.
  4. Biar adunan setengah jam dan boleh bakar.

9. Resepi Kuih Bakar Labu Gluten Free

Jika anda sedang berdiet tapi masih ingin nikmati kuih bakar, resepi kuih bakar labu versi gluten free ini anda boleh cuba. Resepi ini dari Salina Mat Isa.

Bahan-bahan

  • 2 cawan labu (dah direbus dan dilenyek)
  • 1 1/2 cup santan pekat
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan orcs
  • 1 sudu kecil pink salt

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan guna blender.
  2. Panaskan acuan atas dapur dengan api kecil, letak minyak sikit, minyak dah panas boleh la tuang adunan tadi, biarkan masak sekejap, dan pindah bakar dalam oven api atas bawah, sebelum tu tabur bijan.
  3. Bakar suhu 160, 25-30 minit ikut oven masing-masing atau sampai masak. Kalau nampak bawah dah garing pakai api atas je, biar atas garing sikit sedap.

10. Resepi Kuih Bakar Kelapa

Resepi terakhir ini adalah resepi kuih bakar kelapa. Rugi jika anda tak cuba buat resepi ini. Tekstur rangup dan lemak manis dari inti kelapa memang serasi. Resepi ini dari Faizah Diandra Khalid.

Bahan-bahan

  • 500g tepung pulut
  • 2 biji kelapa putih
  • 300g gula
  • Garam sckup rasa
  • 2 biji telur
  • Suku tin susu cair
  • Segelas air suam

Cara Penyediaan

  1. Gaul semua bahan adunan jangan cair sangat dan kering sangat.
  2. Panaskan acuan, renjis minyak pada acuan letak adunan biarkan garing dan balikkan masak sampai sekata.

Resepi Menarik Yang Lain

Rugi tak baca resepi kami yang lain. Ada banyak lagi resepi menarik untuk anda jadikan sebagai panduan. Terima kasih telah melawat laman web kami!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *