Resepi Kuey Teow Sup Daging (Sihat dan Lazat)

Selalunya, orang akan hidangkan mi atau mihun sup. Tapi kali ini kami bawakan resepi Kuey Teow Sup Daging yang amat lazat untuk dihidangkan.

Resepi Kuey Teow Sup Daging ini merupakan resepi yang ringkas dan sesuai untuk mereka yang ingin berdiet ataupun menjalani hidup yang lebih sihat. Ini kerana, bahan – bahannya direbus sahaja. Ringkas dan sedap!

Resepi ini dikongsikan oleh Shaira Aimi di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian!

Resepi Kuey Teow Sup Daging

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 biji bawang sederhana besar hiris nipis*
  • 4 ulas bawang putih hiris nipis*
  • Serbuk lada putih*
  • Hirisan daging
  • Air
  • Asam keping
  • Tomato
  • Brokoli
  • Sedikit garam

Cara penyediaannya:

  1. Tumis bahan bertanda * dengan sedikit minyak hingga bawang sedikit garing.
  2. Masukkan hirisan daging, gaul rata sehingga permukaan daging sedikit goreng.
  3. Masukkan air, asam keping. Biarkan reneh.
  4. Apabila sup sudag mendidih, masukkan tomato dan brokoli.
  5. Apabila brokoli sudah masak, masukkan garam. Gaul rata. Hidangkan dengan kuey teow.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *