Koleksi 10 Resepi Masakan Cepat Siap Sesuai Mereka Yang Sibuk

Dialaf baru ini kehidupan semakin sibuk dengan pelbagai jenis urusan harian yang tidak pernah aman. Ianya sesuatu yang biasa melihat kesibukan ini namun begitu tidak pula menjadi satu alasan untuk masyarakat kini menyediakan masakan yang enak dan sedap terutama apabila kami kumpul 10 resepi yang mudah dan dapat disediakan dalam masa yang singkat. Masakan yang memerlukan masa yang singkat didalam penyediaannya contohnya ayam masak garam atau ayam masak sos tiram dimana ayam tidak perlu digoreng terlebih dahulu dan ianya dimasak sekali gus hingga masak dan dihidangkan panas.

Dalam perkongsian kali ini antara resepi yang kami kumpulkan kali ini boleh dijadikan hidangan diwaktu makan utama kerana walaupun dapat disediakan dengan cepat ianya juga sedap dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja.

1) Resepi Paprik Ayam Senang

Resepi ini merupakan resepi yang diolah dari masakan Thailand, paprik ayam. Sesuai disediakan sebagai makan malam kerana penyediaanya yang cepat dan mudah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Paprik Ayam Senang Sangat Buat Sendiri 2

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam – dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 10 ulas cili api – dihiris
  • 2 helai daun limau purut – disiat
  • Bunga kobis – dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung – dihiris serong
  • 1/2 biji karot – dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air

Kaedah

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  • Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  • Tutup api dan hidangkan.

2) Resepi Ikan Bilis Kentang Kicap

Resipi seterusnya ini bukan saja mudah untuk disediakan malah rasanya juga begitu enak sekali terutamanya bila digabungkan bersama telur mata kerbau,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Ikan Bilis Kentang Goreng Kicap Sempoi Tapi Sedap 2

Bahan-Bahan

  • Segenggam ikan bilis 
  • 2 biji kentang (potong memanjang)
  • 1/2 ulas bawang besar 
  • 10 ulas cili api (belah 2)
  • Kicap ( ikut tahap hitam yang disukai)

Kaedah

  • Mula-mula goreng ikan bilis hingga garing dan tos minyaknya, ketepikan.
  • Goreng kentang yang telah dipotong-potong memanjang, ketepikan.
  • Dalam kuali tumis bawang besar hingga layu.
  • Masukkan cili api yang telah dihiris dan kacau.
  • Masukkan sedikit kicap dan kacau lagi agar kicap tidak terkaramel.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kentang.
  • Tutup api, sedia untuk disediakan.

3) Resepi Ayam Masak Sos Tiram

Resipi berikut merupakan cara paling mudah untuk menyediakan masakan ayam. Ianya tidak perlu digoreng terlebih dahulu namun ia juga bukanlah masakan berkuasa seperti sup. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Ayam Masak Sos Tiram Senang dan Serius Sedap 2

Bahan-bahan

  • Isi ayam atau bahagian bertulang (potong kecil)
  • 1 ulas bawang besar (hiris bulat)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 10 ulas cili api (hiris) 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kicap manis (ikut hitam yang kita mahu)
  • Sedikit air 

Kaedah

  • Mula-mula gaulkan ayam dengan semua bahan.
  • Sediakan kuali dan tambah sedikit minyak masak.
  • Apabila minyak mulai panas, masukkan semua bahan yang telah diperap tadi.
  • Gaul agar semua bahan sebati dan biarkan ia mereneh sehingga pekat.
  • Tambah air jika anda ingin masakan yang berkuah
  • Tambah juga kicap jika suka lebih hitam.

4) Resepi Salmon Grill

Seterusnya ialah resipi ikan Salman yang digrill,penyediaannya amat ringkas dan cepat terutamanya selepas diperap sebelum anda ketempat kerja. Letakkan didalam kuali dengan sedikit minyak, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Salmon Grill Merbeles Macam Dicafe 2

Bahan-bahan

  • 1 keping ikan salmon
  • 4 ulas bawang putih cincang
  • 1 biji lemon
  • Garam & Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit oregano
  • Minyak zaitun
  • Bijan

Kaedah

  • Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam
  • Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon
  • Taburkan lada hitam, oregano
  • Gaulkan dengan bahan putih dan halia
  • Perap selama setengah jam
  • Letakkan sedikit minyak zaitun didalam kuali
  • Grill ikan salmon sehingga masak
  • Hidang bersama salad
  • Siap!

5) Resepi Ayam Masala

Resipi berikut ini dikongsikan oleh Mak Bonda dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ianya adalah resepi yang sangat mudah disediakan dan bahan yang digunakan juga sangat minima bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan nya

ayam masala
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam sekilo
  • Bawang putih dan bawang merah tumbuh halus
  • Daun kari
  • Tomato sebiji dipotong 4
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kicap manis (untuk hitamkan)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Perapkan ayam dengan garam dalam 10 minit.
  2. Goreng ayam sampai betul – betul masak.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan kari. Kacau tetapi jangan lama.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan kicap manis dan kacau sehingga kuah pekat.
  6. Masukkan ayam, daun kari dan gaul sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun kari.

6) Resepi Ayam Masak Butter

Satu lagi resipi yang boleh sediakan dalam masa yang singkat tetapi ia juga sedap dan pasti menambat selera tu tamanya di kalangan kanak-kanak. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

ayam butter

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • Ayam
  • Tepung Bestari

Bahan B:

  • Mentega
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • 6 biji cili api
  • Setengah cawan susu penuh krim
  • 3/4 tin susu cair
  • Daun kari
  • 2 keping keju

Cara – cara memasak:

Langkah A:

  1. Salutkan ayam bersama tepung.
  2. Gorengkan ayam.

Langkah B:

  1. Masukkan mentega.
  2. Tumiskan bawang dan cili.
  3. Masukkan susu penuh krim dan susu cair.
  4. Masukkan daun kari.
  5. Masukkan keju.
  6. Masukkan ayam dan kacau sehingga kuah pekat dan menyaluti semua ayam.

7) Resepi Daging Brokoli

Resipi ini merupakan resipi masakan Cina yang sangat mudah untuk disediakan dimana ia menggunakan daging dan juga brokoli sahaja. Oleh kerana ianya sangat mudah untuk di situ kan sesuai dijadikan masakan makan malam, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan

Resepi Brokoli Daging (Sedap Dan Berkhasiat) 2

Bahan-bahan 

  • 100g daging lembut (hiris nipis) 
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • 2 ulas bawang putih (diketuk) 
  • 1 ketul besar brokoli. (Hiris dan potong mengikut kesesuaian)

Kaedah

  • Mula-mula tumis bawang putih. 
  • Kemudian masukkan hirisan daging lembut. 
  • Apabila daging mulai masak masukkan pula sos tiram.
  • Tambah air jika perlu da sedikit garam
  • Akhir sekali masukkan brokoli dan masak sehingga ia empuk.
  • Siap!

8) Resepi Ayam Teriyaki

Resipi berikut ini adalah resipi masakan Jepun yang menggunakan bahan yang unik tetapi boleh anda cuba bila masa anda ingin mengubah selera. Berikut adalah bahan yang digunakan.

Resepi Ayam Teriyaki Makanan Jepun Yang Paling Senang 2

Bahan-Bahan:

  • 2 keping dada ayam
  • 1/4 cawan kicap soya cair
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar parutan halus halia
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula perang atau gula putih
  • sedikit minyak masak
  • bijan
  • daun bawang
  • cili merah, jika suka

Kaedah

  • Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
  • Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. 
  • Perap selama 15 minit.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. 
  • Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
  • Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
  • Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
  •  Tuang sos ke atas ayam tadi.
  • Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili.
  •  Hidang bersama nasi putih panas.

9) Resepi Sambal Telur Hancur

Seterusnya ialah resipi yang sangat menarik dan tidak akan ditolak tiga dihidangkan. Mengambil masa yang ringkas dan bahan yang digunakan hanya lah dulu sahaja iaitu telur dan juga cili.

Resepi Sambal Telur Hancur Simple Giler Tapi Sedap Yang Amat 2

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  •  Panaskan minyak di dalam kuali. 
  • Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  • Setelah pecah minyak, masukkan, garam dan gula secukup rasa. 
  • Kacau perlahan.
  • Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  • Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah dikacau menjadi telur pecah
  • Angkat dan sedia dihidangkan

10) Resepi Ayam Masak Garam

Terakhir di dalam koleksi kali ini ialah sejenis masakan India masakan ini sangat sesuai dan digunakan oleh mereka yang mempunyai masa yang kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan yang sedap dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Resepi Ayam Masak Garam (Masakan Tamil) 2

Bahan-bahan

  • ½ kg ayam (bersihkan dan potong kecil)

Bahan hiris 

  • 1 sudu besar halba campur 
  • 1 sudu teh jintan kasar

Bahan tumis

  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar 1 ulas
  • Cili kering 10 batang 
  • Tomato 1 biji
  • Serbuk kunyit 
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Daun kari 2 pelepah atau segenggam.

Kaedah 

  • Mula-mula bersihkan ayam dan perasakan dengan sedikit garam.
  • Hiris semua bahan tumis iaitu bawang putih, bawang besar dan tomato. Manakala cili kering hanya sekadar gunting dibelah untuk dibuang bijinya.
  • Tumiskan halba campur bersama jintan kasar hingga naik bau.
  • Selepas itu tumiskan semua bahan hiris kecuali daun kari.
  • Masukkan serbuk kunyit dan garam serta serbuk perasa. Ini dibuat supaya bawang dan bahan tumis lain mesra dan sebati.
  • Masukkan ayam, masak sehingga ia masak. Masukkan sedikit jika perlu.
  • Atau tutup dengan penutup agar ayam mengeluarkan airnya sendiri.
  • Akhir sekali masukkan daun kari, masak hingga masakan menjadi kering.
  • Siap.

Begitulah 10 resipi mudah dan cepat untuk anda cuba sendiri sebagai hidangan makan malam anda bersama seisi keluarga seisi keluarga. Anda boleh mengubah sendiri bahan di dalam masakan ini namun begitu bahan yang digunakan sangat lah minima. Apa pun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini sebagai hidangan pilihan keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *