Petang-petang mesti seronok kalau dapat makan cucur ikan bilis. Sudahlah lazat mengenyangkan pula. Tidak ada sesiapa sanggup tahan godaannya.
Kali ini kami akan berkongsi resepi cucur ikan bilis ringkas. Cucur ikan bilis bentukannya bulat-bulat comel. Digoreng rangup di luar namun lembut dan gebu di dalam. Makan 5 ketul sudah kenyang.
Cara penyediaan cucur ikan bilis resepi Irhana Canella di laman Facebook ini telah banyak dicubakan dan hasilnya menjadi dengan jayanya. Tentunya anda tidak ingin terlepas resepi yang mendapat perkongsian ramai di Facebook ini bukan?
Jom buat cucur ikan bilis petang ini. Resepi gaul-gaul dan goreng sahaja. Senang ringkas dan pantas. Supaya adunan tidak melekat di tangan, letak minyak di telapak tangan. Selamat mencucur.
Resepi Cucur Ikan Bilis
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum,
- Segenggam ikan bilis dicuci dan tumbuk kasar,
- Secubit garam,
- Kiub pati ayam separuh,
- Daun bawang@kucai ikut selera masing-masing,
- Sebiji bawang besar,
- 2 cawan air panas (harus betul-betul).
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan dalam bekas, gaul sebati.
- Masukkan air panas. Gaul bahan pakai senduk.
- Uli bulat-bulat dan goreng.
- Siap.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi cucur ikan bilis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.
Leave a Reply