*Resepi Tauhu Sumbat Sambal Kacang*
Bahan-Bahan:
4 keping tahu – dipotong 2 bentuk tiga segi dan goreng
8 tangkai lada kering yang dah direbus
4 tangkai cili padi – potong 2
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit belacan
Kacang tanah goreng secukupnya
Sos cili secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Air masak secukupnya
Timun secukupnya – dihiris memanjang
Taugeh secukupnya
Sedikit lobak merah – dihiris memanjang
Cara Membuat:
1. Tauhu yang dah digoreng, belah tengahnya.
2. Lobak dan taugeh dicelur dalam air panas sekejap. Toskan, kemudian sumbat dalam tauhu tadi, ketepikan.
3. Lada kering, cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan di goreng dalam minyak panas sebentar.
4. Angkat dan toskan, kemudian masuk dalam blender bersama air masak secukupnya. Mesin hingga halus.
5. Masukkan kacang tanah goreng, mesin sekejap jangan terlalu halus, keluarkan dan masuk dalam bekas.
6. Campurkan dengan sos cili, gula dan garam, gaul hingga sebati. Rasakan masam, masin dan manis. Lebih sedap jika terasa manisnya.
7. Bila nak makan, jiruskan sambal kacang atas tauhu sumbat tadi.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 🙂
Leave a Reply