Resepi Kuah Lodeh Sambal Tumis Mudah Sedap
Antara juadah yang paling digemari terutama dikalangan orang Melayu yang menjadi hidangan sarapan pagi ialah kuah lodeh bersama lontong dan juga sambal tumis. Masakan kuah lodeh adalah kuah lemak putih bersama sayur-sayuran, tempe, suhun dan juga fucuk. Ada banyak resepi yang boleh didapati tetapi kali ini saya ingin kongsikan resepi yang saya sendiri telah cuba, baiklah berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan kuah lodeh
Kisar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup
- Udang kering
- Lengkuas
- Buah keras 3 biji
- *sukatan adalah mengikut saiz hidangan
Goreng
- Tempe (potong kiub)
- Tauhu putih (potong kiub)
Rendam
- Suhun dan fucuk
Hiris sayur
- Carrot
- Kacang panjang
- Kobis
- Sengkuang
- Serai ditumbuk sahaja
- Santan 200ml
Kaedah
- Masukkan semua bahan kisar dalam periuk dan buka api tambah air jika perlu.
- Masukkan suhun dan fucuk dan masak hingga menggelegak.
- Selepas itu masukkan sayur,tempe dan juga tauhu.
- Tambah santan dan juga air jika ia terlalu pekat.
- Masukkan garam dan secukup rasa.
- Bila semua bahan dah sebati barulah tutup api.
- Siap!
Bahan-bahan sambal tumis simple
Kisar
- Cili kering siap gunting dan rebus
- Belacan seinci
- Bawang merah
- Bahan lain
- Asam keping 1 keping.
- Ikan bilis segenggam
- Bawang besar hiris
- Garam,cukup rasa dan gula secukupnya.
Kaedah
- Dalam kuali letakkan minyak yang mencukupi.
- Panaskan minyak dan masukkan semua bahan kisar dan tunggu hingga minyak pecah.
- Tambah asam keping,bawang hiris dan ikan bilis.
- Kacau-kacau sebati dan tambah air sedikit dan juga gula
- Terus masak hingga pekat dan tambah garam dan cukup rasa.
- Bila dah puas hati bolehlah tutup api dan hidangkan.
- Siap!
Dalam resepi ini saya menggunakan santan kotak kara sahaja kerana ia lebih mudah. Walaupun agak banyak bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini tetapi ia memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Tambahan pula bila dihidang dengan sambal tumis dan juga nasi impit ataupun lontong. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.