Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Kicap Berlada Pedas Mengaum

author name

📄 ,

Resipi hari ini adalah resipi masakan yang berasaskan kicap,antara masakan yang paling digemari dinegara kita. Ini kerana ia bukan sahaja mudah untuk disediakan malah bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi kicap ini lazimnya sangat ringkas. Ada pelbagai resepi masakan berasaskan kicap dan ayam yang boleh anda dapati didalam internet ini,tapi dalam perkongsian kali ini saya menambahkan cili yang dikisar untuk memberi rasa lebih pedas dan sedap. Bagi anda yang inginkan kelainan berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan nya.

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian pilihan anda (potong kecil-kecil) perap dengan garam dan kunyit

Bahan tumis

  • Segenggam cili api (kisar dengan 2 ulas bawang putih)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 2 ulas Bawang putih hiris
  • Kicap manis (ikut anggaran sendiri)
  • Kicap pekat (kurangkan sedikit berbanding kicap manis)

Kaedah

  • Mula -mula goreng ayam dan kemudian kurangkan minyak gorengan tadi.
  • Masukkan cili api yang telah dikisar dan biarkan bahan-bahan ini sebati.
  • Maskkan bawang yang telah dihiris dan masukkan kicap yang telah disediakan.
  • Biarkan semua bahan ini serasi dan bolehlah ttu[ api.
  • Siap!

    Dalam resipi ini saya menggunakan kicap manis dan juga kicap pekat. Ini untuk memberi rasa yang lebih sedap dan juga ada aroma yang lebih menarik. Bagi mengimbangkan rasa pedas kicap-kicap yang digunakan dalam resipi ini dapat menjadikannya lebih sedap. Selamat mencuba.

    Resepi – resepi lain yang menarik

    Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

    About Our Content Creators

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

    We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.