Resipi ini merupakan hidangan berkuah yang sesuai dihidangkan samada bersama nasi panas atau dimakan begitu sahaja. Sup ikan biasanya menggunakan ikan merah sebagai bahan utama namun kali ini ia menggunakan ikan jenahak sebagai bahan utama.
Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti lada putih dan hitam untuk memberi rasa pedas dan panas. Pembuatannya juga amat mudah dan cepat untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 kg kepala ikan jenahak
- 4 cawan air
- Minyak untuk menumis
- Daun sup/daun bawang dan bawang goreng (sebagai hiasan)
Bahan tumbuk/kisar
- 1 sudu besar lada sulah/putih
- 1/2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
Bahan Tumis
- 1 ulas bawang putih-hiris
- 2 biji bawang merah-hiris
- 1 inci halia -hiris
- 1 helai daun salam
Kaedah
- Ikan di siang,potong , cuci dan toskan.
- Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan lain sehingga lumat.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan tumis.
- Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air, biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ikan dan kacau rata.
- Tambah air lagi jika perlu.
- Masukkan garam dan perasakan.
- Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat.
- Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang.
- Sedia utk di hidangkan.
Untuk menyediakan sup ikan, pastikan anda menggunakan ikan yang segar dan cuci dengan baik agar ia tidak hanyir. Hidangan ini juga sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi panas dan sambal gesek. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.