Resepi Taufu Fa Pandan Homemade (Simple dan Pantas)
“Tiap pergi ke pasar malam, anak selalu minta belikan taufu fa, sedap katanya” demikian komentar para ibu. Nyatanya memang pun macam itu. Oleh kerana memiliki tekstur yang lembut, membuatkan taufu fa amat digemari oleh kanak-kanak. Tidak hairan apabila taufu fa yang dijual di pasar malam laku sangat.
Ingin rasa taufu fa masak sendiri? Jom cubakan resepi taufu fa yang kami kongsikan kali ini. Norhamidah Abdul Hamid berkongsikan resepi taufu fa express di laman Facebook. Dikatakan express kerana cara membuatnya yang sangat senang dan pantas.
Semestinya taufu fa masak sendiri lagi sedap daripada yang dibuat orang lain. Boleh ejas sendiri citarasa sehingga didapati rasa taufu fa yang lazat. Jom cuba resepi di bawah ini.
Resepi Taufu Fa Pandan Express
Bahan-bahan :
- 8 gram agar agar tali,
- 2 liter air kotak kacang soya,
- 1 cawan air,
- Sehelai daun pandan,
- 2 cawan air ditambah 1 cawan gula@gula merah jadikan air gula.
Cara-cara :
- Masak agar agar bersama air sampai hancur.
- Masukkan air kacang soya dan daun pandan. Kacau selama 5 minit.
- Jika sudah 5 minit, tutup api.
- Tapis air dan masukkan dalam acuan.
- Sejukkan dan tunggu keras.
- Sudukan dalam bekas.
- Makan bersama air gula.
Resepi Menarik Lain
Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Selain resepi taufu fa pandan, kami menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.