Sotong Sumbat Bercili Kelantan

Sotong Sumbat Bercili Kelantan

BAHAN-BAHAN

– 5 ekor sotong
– 1 mangkuk kelapa parut/dikisar/digiling
– 5 biji bawang merah dikisar
– 3 sudu besar cili giling
– 2 labu bawang besar dimayang
– 3 sudu besar minyak masak.
– 1 sudu besar cuka
– 1 sudu teh gula
– Garam dan serbuk perasa secukup rasa
– Lidi penyucuk

CARA-CARA

1. Sotong dibersihkan, kepalanya dicabut.
2. Masukkan kelapa parut ke dalam perut sotong.
3. Masukkan semula kepala sotong, kemaskan dengan lidi penyucuk.
4.Masukkan minyak masak ke dalam kuali, goreng sotong seketika.
5. Masukkan pula cili giling, bawang merah kisar, garam gula, cuka, serbuk perasa dan secawan air. Goreng sehingga air kering dan sotong menjadi empuk.
6. Kemudian masukkan bawang besar, goreng seketika dan angkat serta sedia untuk dihidangkan.

Jom try…

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *