Koleksi Sayur Campur Cukup Mudah Nak Buat

sayur campur

Kalau makan nasi dengan lauk tak sah kan tak ada lauk sayur. Hidangan sayur ini boleh dikatakan sebagai pelengkap sesuatu juadah. Resepi kali ini kami ingin kongsikan resepi sayur campur dengan pelbagai jenis. Tak adalah lauk sayur campur yang sama sahaja kan? Jom baca koleksi sayur campur ini.

1. Resepi Sayur Campur

Resepi sayur campur ini cukup menarik, kombinasi sayuran serta udang memang memikat selera. Resepi ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan.

Bahan-bahan

  • Udang-hiris kecil
  • Sotong-hiris kecil
  • Bawang Holland/merah-hiris
  • Bawang putih-hiris/ketuk
  • Cili merah-hiris
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kacang buncis*
  • Baby corn*
  • Lobak merah*
  • Cendawan tiram/butang dll*
  • Bunga kobis*
  • Tomato bulat/tomato cherry*

*Sayur semua potong kecil

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang Holland/merah, bawang putih dan cili merah.
  2. Masukkan udang/sotong.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan sayur yg agak keras dahulu seperti lobak dan bunga kobis.
  5. Masukkan sayur lain. Letak sedikit air.
  6. Stabilkan rasa, masukkan tomato dan boleh angkat. Masak sayur gunakan api kuat dan jgn terlalu lama menumis kerana sayur akan lembik dan nampak tidak segar. Sotong dan udang juga adalah makanan laut yg tidak boleh dimasak terlalu lama.

2. Resepi Sayur Campur Brokoli

Kanak-kanak memang suka dengan brokoli. Jom cuba resepi sayur campur brokoli yang digabungkan pula dengan sayur lain memang lazat, Resepi ini dari Rodza Azilah.

Bahan-bahan

  • Tauhu jepun(potong bahagian tengah supaya senang nak keluarkan dan mudah potong)
  • Udang
  • Kobis bunga
  • Lobak merah
  • Brokoli
  • Bwg putih
  • Bwg holland
  • Perencah sup sayur adabi
  • Lada sulah

Cara Penyediaan

  1. Goreng tauhu dengan bawang putih hingga garing.
  2. Masukkan udang dan bawang holland kacau perlahan.
  3. Masukkan perencah sup sayur.
  4. Masukkan semua sayur yang dah dipotong.
  5. Last sekali masukkan lada sulah agak sayur dah hampir layu boleh matikan api.

3. Resepi Sayur Goreng Jawa

Sayur campur jawa ini seringkali kita tengok ketika perayaan hari raya kan? Makan pula bersama nasi impit memang lazat. Jom baca resepi dari Noor Azizah.

Bahan-bahan

  • Sedikit myk masak
  • Bwg besar (racik halus)
  • Bwg putih (racik halus)
  • Cili merah dihiris
  • Tempe (digoreng dahulu)
  • Tauhu (digoreng dahulu)
  • Tauhu kering (rendam)
  • Suun (rendam)
  • Kacang panjang
  • Sedikit garam
  • Kicap lemak manis
  • Sedikit air

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih & cili hingga garing..
  2. Masukkan kacang panjang & sedikit air. Biarkan kacang lembut.
  3. Masukkan semua bahan tadi. Kacau sebati. Siap.

4. Resepi Sup Sayur Campur

Sup sayur campur ini sesuai dengan anak-anak. Makan pula bersama nasi panas, confirm habis.

Bahan-bahan

  • 500 ml air
  • Minyak masak
  • Serbuk pati ikan bilis secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Perencah sup sayur Adabi

Bahan dipotong

  • 200 gm brokoli
  • 1 biji lobak merah
  • ½ biji lobak putih
  • ½ batang saderi
  • 3 helai daun kubis

Bahan-bahan Dihiris

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • ½ sudu kecil jintan putih

Cara Penyediaan

  1. Didihkan air dalam periuk secukupnya bersama sayur-sayuran.
  2. Masukkan bahan hiris, lada hitam dan jintan putih.
  3. Masukkan serbuk pati ikan bilis dan perencah sup sayur adabi.
  4. Bila sayur empuk, masukkan garam.
  5. Kacau rata sebelum diangkat.

5. Resepi Sayur Campur Daging

Sup sayur campur daging ini juga menarik. Tak perlu lauk sampingan lain, cukup sekadar hidangan sayur campur ini lengkap sebuah hidangan. Jom cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • 300 g daging batang pinang, hiris nipis*
  • 1 inci halia, ditumbuk halus*
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus*
  • 1 camca serbuk lada hitam* (*disatukan dan perap 30 minit)
  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar kicap cair
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 200 g brokoli, dipotong sekuntum2
  • 1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan potong serong setiap belahan
  • 6 – 7 biji putik jagung, hiris serong
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air, kacau rata
  • Sedikit garam jika perlu

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum.
  2. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kacau rata.
  3. Masukkan daging dan kacau. Masak hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.
  4. Masukkan lobak merah dan jagung, kacau rata dan masukkan brokoli.
  5. Kacau rata dan tuang bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan bbrpa titis minyak bijan dan masak hingga sayur lembut.
  7. Rasa dan jika kurang masin, tambah garam secukup rasa.
  8. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa cuba resepi ini ya. Kami menyediakan lagi pelbagai resepi menarik yang anda boleh cuba sendiri dirumah. Terima kasih kerana jadikan kami sebagai sumber rujukan masakan anda.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *