Resepi Sambal Bugis Tahan Lama Confirm Sedap!

sambal bugis

Sambal bugis merupakan hidangan sampingan yang amat popular dikalangan orang Malaysia. Ianya tidak berbeza seperti sambal orang Melayu, cuma perbezaannya, ia menggunakan asam keping berbanding asam jawa yang biasanya digunakan oleh orang Melayu. Persamaanya, kedua-dua sambal ini amat enak dihidangkan bersama dengan nasi panas dan ulam ulaman.

Sambal bugis ini juga boleh disimpan sehingga sebulan di dalam bekas kedap udara dan di dalam peti ais sekiranya cili yang digunakan dimasak lama sehingga betul betul garing. Ianya juga boleh dihidangkan bersama dengan nasi ayam penyet dan nasi lemak, mengikut kepada citarasa anda sendiri. Bagi sesiapa yang menginginkan juadah yang simple tetapi sedap, anda boleh menghidangkan sambal bugis ini bersama dengan ayam goreng dan nasi putih.

Resepi ini dikongsikan oleh Siti Afiqah Fany dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Sambal Bugis

sambal bugis
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Cili api mengikut kepedasan masing – masing
  • Belacan
  • Perasa
  • 1 biji besar bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
    Kisarkan kesemua bahan di atas
  • 3 keping asam keping
  • 1 sudu kecil gula

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan kuali dengan 2 senduk minyak.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar.
  3. Masak sehingga lada menjadi kering dan pecah minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan ia menjadi pecah minyak sekali lagi.
  5. Masukkan gula, asam keping dan perasa.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Resepi Menarik Lain