Resepi Tomyam Ayam Ala Johny Guna Pes Istimewa
Resepi kali ini adalah masakan berasaskan masakan Thailand yang sememangnya sangat popular dikalangan orang Malaysia ni. Orang kita sememangnya terkenal dengan keterbukaan dalam menerima idea dan masakan dari luar. Apatah lagi masakan Thailand ini yang tidak jauhnya beza berbanding masakan kita, bahan-bahannya juga amat mudah didapati jika anda ingin cuba masak di rumah. Tomyam yang saya kongsikan kali ini menggunakan kepingan ayam yang besar dan tidak seperti yang kita dapat beli direstoran panas masakan Thai. Tapi ada satu bahan rahsia yang digunakan direstoran-restoran tersebut yang menjadi ia lebih istimewa dan rasanya memang sebiji macam dikedai. Jom kita lihat bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Kepingan ayam potong sederhana besar (saya suka bahagian banyak kulit)
Bahan lain
- Bawang besar 1 biji dipotong baji
- Lengkuas 1 inci dihiris
- Cili api 8 ulas dibelah 2
- Akar daun ketumbar (dalam 2-3 pokok)
- Serai 1 batang dihiris
- Daun limau purut 5 helai (buang batang tengah)
- Cendawan enoki – 1 pek kecil
- Cendawan butang (pilihan)
- 3 tbsp Pes Thai Tomyam
- *semua sukatan adalah berdasarkan saiz atau jumlah ayam yang digunakan.
Kaedah
- Rebus air dan tambah lengkuas, serai cili api dan akar daun ketumbar
- Tambah pes tomyam (anggaran berdasar sukatan ayam)
- Biar semua bahan ini masak sebati dan menggelegak baru masukkan ayam
- Biarkan hingga ayam masak dahulu
- Tambah cendawan enoki dan akhir sekali masukkan daun lumut yang telah dibuang bahagian tengahnya.
- Siap!
Masakan ini tidak perlu garam dan serbuk perasa lain kerana pes tomyam yang digunakan telah mencakupi semua rasa tomyam. Oleh itu amat penting untuk memilih jenama yang tulen dari Thailand tapi pastikan ada cop halal ye. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.