Resepi Tepung Naik Sendiri Premix Homemade Senang Kerja
Resepi kali ini merupakan satu cara untuk nye doakan sendiri tepung naik sendiri yang biasanya dibeli dikedai untuk membuat kek.
Tepung naik sendiri bermakna tepung itu telah ditambah serbuk penaik. Biasanya ia dijual dalam pek bersaiz 1kg dan ia bertujuan untuk memudahkan kerja membuat khususnya kek. Namun begitu sebenarnya anda juga menyedianya sendiri mengikut saiz sukatan yang anda suka. Berikut adalah bahan dan caranya.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam halus (pilihan, saya tidak letak)
Kaedah
- Campurkan semua bahan.
- Ayak lebih 5-6 kali agar tepung benar-benar halus.
- Simpan didalam bekas kedap udara
Sukatan didalam resepi ini sesuai untuk kek bersaiz 8” bulat iaitu 1 adunan yang biasanya mengguna 4 biji telur. Premix ini akan memudahkan urusan untuk anda membuat kek. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.