Resepi Tauhu Begedil Vegetarian Sempoi Giler Buat Mesti Jadi
Resepi kali ini merupakan salah satu resepi tauhu begedil yang amat popular dan disukai ramai. Namun begitu perkongsian kali ini merupakan satu alternatif bagi mereka yang tidak makan ayam atau daging. Senang kata resepi ini diolah bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian.
Tidak seperti kelaziman tauhu begedil yang mempunyai inti ayam,daging atau udang tauhu begedil ini tidak mempunyai sebarang tambahan daging didalamnya. Malah bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini amat mudah untuk dicari dan juga murah. Walaupun ianya amat mudah tetapi keenakannya tidak kurang sedap. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- Kentang 5-6 biji
- Tauhu pok 30 ketul (belah tengah)
- Daun sup dan daun bawang (hiris nipis)
- Bawang goreng 2-3 sudu
- Garam 1 sudu
- Lada hitam 1 sudu besar
- Sebiji cili (dihiris)
- Kupas kentang, potong dan goreng.
- Bila kentang dah suam, lenyek dengan belakang gelas.
- Biarkan betul-betul hancur dan tambah dan sebatikan semua bahan.
- Potong tauhu pok pada bahagian atas, buang isi dan boleh sumbat kentang ke dalam.
- Pukul telur 3 biji, dan celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.
- Siap dinikmati dengan sambal kicap.
Jika anda suka anda boleh menambah sayur campur seperti jagung,carrot dan kacang pea. Untuk memudahkan kerja, anda boleh sediakan awal tauhu ini dan bekukan didalam petiais. Ianya sesuai dijadikan snek minum petang ataupun sebagai pembuka selera didalam majlis atau kenduri kendara. Paling sedap makan ketika panas-panas kerana kerangupan tauhu pok yang amat sedap. Selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!