Resepi Sup Dim Sum Chinese Food Sesuai Tekak Melayu
Resepi ini merupakan satu lagi resepi masakan Icna yang boleh dicuba sendiri kerana Ianya sedap dan mengenyangkan. Sup kali ini disediakan menggunakan dimsum yang boleh dibuat sendiri dimana resepinya juga dikongsi didalam blog ini.
Oleh kerana masakan Cina amat terkenal dengan penggunaan bahan yang minima begitu iuga dengan resepi kali yang boleh anda cuba sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yanh digunakan.
Bahan-bahan
- Bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar bersama menjadi pes)
- Kuib pati ikan bilis
- Fish cake
- Dimsum homemade
- 1tbs kicap cair
- 1tsp minyak bijan
- 1tsp serbuk lada hitam
- Air secukupnya
- Daun sup
Kaedah
- Tumiskan pes bawang hingga naik bau.
- Kemudian masukkan air secukupnya, anggaran 1 jug kecil.
- Biarkan air mengelegak kemudian masukkan kiub pati ikan bilis
- Masak dan kacau agar kiub larut.
- Masukkan kicap dan minyak bijan
- Masukkan fish cake dan biarkan ia mengelegak.
- Masukkan dimsum dan masak hingga fish cake dan dimsum timbul.
- Akhir sekali sebelum tutup api taburkan hirisan daun bawang dan serbuk lada hitam.
- Siap!
Selain menggunanya fish cake anda juga boleh menggunakan udang sebagai rencah didalam masakan ini. Sup ini boleh dinikmati bersama mee kicap, nasi malah diratah begitu sahaja juga sedap, cara membuatnya amat dan sangat untuk dicuba,selamat memcuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.