Resepi Steak Daging Dengan Enoki Masak Alfredo Lain Macam Sedap
Resipi kali ini adalah sebuah hidangan ringkas yang penuh dengan khasiat. Masakan ini adalah berasaskan masakan Barat tetapi digabungkan dengan masakan Asia maka jadilah ia masakan Fusion iaitu idea yang mengabungkan budaya barat dan timur. Dalam masakan ini say agunakan daging kembut dan masak tanpa garam hanya menggunakan minyak zaitu bersama sedikit butter untuk aroma mewah. Selepas itu saya buatkan enoki masak alfredo, kedua masakan ini saya gabungkan menjadi hidangan yang lengkap.Bagi anda yang ingin mencari idea hidangan yang mengenyangkan dan juga sedap, berikut adlaah bahan-baha yang diperlukan.
Bahan-bahan
Steak
- 1 keping daging lembut berat 200-300g
- 1 tbsp butter pure unsalted
- 1 tbsp minyak zaitun.
- Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Sos alfredo enoki
- 1 pek cendawan enoki
- 1 tbsp butter unsalted
- Bawang putih dicincang kasar
- Serbuk cili flake
- 1 ketul kiub ayam
- Air secukupnya
- 2 tbsp whip cream
- Air sedikit
- Jus lemon (pilihan)
Kaedah
- Untuk menyediakan steak, bersihkan daging dan lap supaya sedikit kering.
- Dalam kuali masukkan butter bersama minyak zaitun dan letak daging tadi.
- Terbalik-balikkan agar masak rata kedua belah bahagian baru tambah garam secubit bersama lada hitam.
- Setelah cukup masak, alih dan rehatkan ia sebentar selepas tu bolehlah dihiris-hiris.
- Sementara itu dengan guna kuali yang sama tambah sedikit butter dan tumiskan bawang putih.
- Masak hingga ia naik bau dan kekuningan kemudian tambah sedikit air.
- Masukkan kiub ayam atau pecah-pecahkan agar lebih cepat sebati.
- Tambah cendawan enoki dan ratakan ia.
- Masak hingga sebati semua bahan dan tambah krim pula.
- Kacau-kacau dan kalau suka boleh tambah cheese juga.
- Bila dan masak sebati semuanya keluarkan ia untuk dihidangkan.
- Tambah chili flakes dan juga hirisan lemon.
- Hidangkan bersama daging steak tadi.
- Siap!
Untuk mendapatkan daging yang sedap tetapi tidak terlalu mahal seperti daging wahyu anda boleh mencuba daging lembut. Jika anda berkunjung ke pasar pagi terutamanya anda boleh mendapatkan daging lembut tempatan pada harga yang sedikit murah dan sesuai dengan poket anda. Apa pun selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.